Penyanyi Datuk Nora Ariffin mendedahkan dia pernah menghadapi fasa sukar dalam kehidupan selepas kematian suami, Allahyaryam Johan Nawawi.
Artikel Berkaitan: ‘Pandangan Jadi Putih, Saya Rasa Seperti Ajal Sudah Tiba..’ – Nora Ariffin
Artikel Berkaitan: ‘Hanya Satu, Akan Ku Jaga Sebaik Mungkin’ – Nora Ariffin
Balik ke Kelantan
Menerusi podcast Sembang Kopiah Terbang, Nora berkata keluarga pernah menasihatinya untuk pulang ke kampung halaman selepas melihat kehidupannya yang agak sukar di ibu kota.
Adik beradik saya tengok saya macam..dah tak tahu apa dah sebab dekat Kuala Lumpur ni kan dengan kewangannya, dengan susahnya nak hidup seorang.
Mereka kata dekat saya, ‘balik ah kampung, baliklah Kelantan bina hidup baru’.
Bagaimanapun, pelantun lagu Di Persimpangan Delima ini mengambil keputusan untuk tidak pulang ke kampung kerana percaya bahawa arwah suaminya mahu dia tetap meneruskan perjuangan.
Sebenarnya itu adalah titik yang saya kata ‘no’. Kalau Johan masih ada, bukan ini yang dia nak saya buat. Dia mesti nak saya teruskan perjuangan dia, dia mesti nak saya terus berjuang dengan apa yang dah dia buat semua ini, meneruskan perniagaan, meneruskan dakwah dan menjaga anak-anak dia.
Bukan mudah untuk penyanyi berusia 50 tahun ini bangkit, namun dia tetap cekal menghadapi ujian demi kelangsungan hidup bersama anak-anak.
Ibarat singsing tanganlah, saya mula balik. Saya mula dari awal dan saya uruskan banyak perkara.
Untuk info, Nora berkahwin dengan arwah Johan pada tahun 1992 dan dikurniakan empat orang cahaya mata.
Arwah Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 akibat serangan jantung. Kemudian, pada 13 Disember 2019, Nora diduga pula dengan kematian anak keduanya, Muhammad Syakir Aliff yang ketika itu berusia 20 tahun.
Nora kemudian mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh & Usul, Universiti Malaya yang merupakan sahabat baik arwah suaminya iaitu Rushdi Ramli.
@sembangkopiahterbang Baliklah Kampung #datuknoraariffin #kelantan #sembangkopiahterbang #podcastmalaysia #noraariffin #puamin #purahmat
Sumber: TikTok Sembang Kopiah Terbang