Personaliti TikTok terkenal, Imran Bard menyelar kenyataan penyanyi, As’ad Motawh yang menganggap pergi ke sekolah hanya membuang masa.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Mak Aku Ajar Anak Jantan Kena Pandai Buat Kerja Rumah’ – Imran Bard
Artikel Berkaitan: Umur Baru 21, Asad Motawh Dah Ada Dua Buah Banglo, Suite Peribadi & Kereta Mewah
Mak bapa kaya
Menerusi video di TikTok, Imran menegaskan tidak wujud istilah itu. Kata Imran, pemikiran itu hanya untuk anak orang kaya yang boleh memilih untuk ‘homeschooling’ atau persekolahan di rumah.
Tak ada istilah sekolah ini membuang masa pada saya. Tak ada! Pergi sekolah! Kalau kau kaya, kau boleh cakap sekolah buang masa. Sebab apa? Sebab kau boleh home school.
Mak bapa kau kaya, boleh bela kau. Kau boleh mewarisi harta mak bapa kau. Masa depan kau cerah.
Dalam pada itu, Imran yang juga merupakan seorang Youtuber menyatakan sekurang-kurangnya anak muda perlu memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebagai tahap minimum pembelajaran.
Kalau kau miskin, tak payah cakap sekolah membuang masa. Kau nak kerja Speedmart pun kena ada SPM. Kalau jadi manusia, SPM pun tak ada.. kau tak ada beza dengan Rohingya.
@iimeringue? original sound – Memerang
Sebelum ini, Asad atau nama sebenarnya As’ad Ahmad Muhammad Motawh dalam satu temubual berkata, dia tidak melihat pekerjaan yang dilakukan sekarang ini selari dengan apa yang dipelajari di sekolah sebelum ini.
Bagi pendapat pelantun lagu Senyum, sistem persekolahan sebenarnya boleh diubah. Bagaimanapun, penyanyi berusia 23 tahun itu tidak mengajak orang lain untuk berhenti sekolah.
Sumber: TikTok