Personaliti media sosial yang juga merupakan adik kepada usahawan dan selebriti Neelofa iaitu Ameera Khan menjawab fasal topik bertudung ketika mengadakan siaran langsung di Instagram, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: Ameera Khan Lebih Suka Personaliti Jejaka Seberang Berbanding Malaysia – ‘Orang Indonesia Soft Spoken, Kalau Telefon Cakap Hi Cinta’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Noor Kartini Dedah Ameera Khan Belum Ada Kekasih – ‘Ramai Lelaki Dia Kenal, Semua Panggil Sayang..Boyfriend London, Orang Arab’
Bila nak pakai tudung?
Menurut Ameera atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan (LMK), dia mengakui pernah bertanyakan soalan yang sama pada diri sendiri iaitu ‘bila mahu berhijab?’
Kata Ameera, 23, dia pernah tiga kali mencuba untuk bertudung namun kemudiannya memilih untuk membuka kembali.
Ameera rasa bila boleh bertudung? Okay soalan ini saya pernah bertanyakan pada diri sendiri juga ‘bila nak pakai tudung?’
Dalam kehidupan saya, saya pernah berhijab dalam dua ke tiga kali sahaja dan kemudian saya buka balik tudung.
Bagaimanapun, Ameera memohon doa daripada semua orang agar dia kekal beristiqamah sekiranya sudah mengenakan hijab satu hari nanti.
Jadi, macam kalau saya nak pakai tudung, saya akan pakai sampai bila-bila dan tidak mahu membukanya lagi.
Insya-Allah dengan doa semua orang termasuklah doa dari mama dan daddy serta doa sendiri. Insya-Allah satu hari nanti saya akan memakai hijab dan tidak akan ada sebarang fikiran tentang saya belum bersedia untuk bertudung. I can’t say that.
Mampu berdoa
Dalam pada itu, pemilik nama Nur Ameera Abdul Halim Khan turut mendoakan kepada wanita yang sedang berusaha untuk berimej tudung litup agar dipermudahkan urusan.
Apa yang boleh saya katakan sekarang adalah Insya-Allah. Bila masa itu sudah sampai, saya hanya mampu berdoa.
Semoga Allah SWT permudahkan segalanya dan kepada sesiapa yang menonton live ini yang sedang berusaha untuk berhijab tetapi mengalami situasi yang sama, saya doakan yang terbaik untuk anda semua.
Sumber: TikTok