Pempengaruh media sosial, Ryan Bakery memberitahu dia tidak akan menggunting rambut sekiranya disuruh oleh sesiapa sahaja sepanjang bertanding dalam pertandingan Famili Duo musim ketiga, tahun ini.
Artikel Berkaitan: ‘Kami Dapat Siap Awal Dari Segi Konsep & Lagu’- Ryan & Adam Bakery Teruja Nak Buat Persembahan Bertemakan Rock!
Artikel Berkaitan: ‘Saya Kena Jujur, Nyanyian Tak Sedap & Mengganggu Telinga Saya’ – Ajai Tak Suka Persembahan Ryan & Adam Bakery
Artikel Berkaitan: Dikritik Nyanyian Tak Sedap, Ini Respon Ryan Bakery – ‘Kami Tak Rasa Apa-Apa, Kami Bukan Penyanyi..’
Ini duit
Ketika ditemui OhBulan semalam, Ryan berkata dia tidak pernah terdetik untuk mengubah penampilan sepanjang menyertai pertandingan Famili Duo. Ujar Ryan, gaya rambut yang sekarang ini melambangkan karakter dirinya.
Kalau saya potong rambut ni, saya memang sayang. Ini duit. Saya tak ada rasa nak potong sebab ini karakter saya. Kalau potong bukan jadi Ryan Bakery dah. Orang akan panggil saya Yan Min Ho. Kalau disuruh juga, paling tidak pun saya akan pendekkan sedikit sahaja.
Disoal mengenai kelab peminat pula, Ryan berkata dia dan Adam sudah berfikir mengenai hal tersebut. Jelas Ryan, atas nasihat dan sokongan orang ramai, mereka baru sahaja menubuhkan kelab peminat.
Semalam saya buat live dan tubuhkan kelab peminat. TV3 ada bagi tiket dekat kami untuk bawa peminat. Ramai yang berminat. Untuk minggu ini kami belum bawa, InsyaAllah minggu depan baru kami ajak mereka datang.
Tambah Ryan, kelab peminat tersebut akan diuruskan sendiri oleh rakan mereka.
Menurut Adam pula, dia bersyukur tidak menerima peminat ‘pelik’ sepanjang mereka menyertai Famili Duo.
Saya bersyukur sangat ada peminat yang siap bagi idea untuk minggu depan. Kami terima sahaja kalau apa yang mereka cakap tidak kira positif atau negatif. Peminat pelik masih belum ada setakat ini.
Terdahulu, Ryan dan Adam memberitahu segala persiapan termasuk konsep persembahan dan pemilihan lagu untuk minggu ketiga berjalan dengan lancar.