berita

[VIDEO] ‘Kali Ini Menangis Lebih..’ – Siti Nurhaliza Kongsi Pengalaman Indah Sepanjang Proses IVF Anak Kedua

January 11th, 2021 | by Shafika
Kini Trending

Semua sedia maklum, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi mendapat khabar gembira hamil kali kedua. Terdahulu, penyanyi No.1 negara selamat melahirkan anak pertamanya, Siti Aafiyah pada tahun 2018 selepas 11 tahun sabar menanti.

Artikel Berkaitan :Segala Teka-Teki Terjawab, Siti Nurhaliza Sah Hamil 4 Bulan

Terbaru, beliau berkongsi perjalanan mengenai kehamilan kali kedua ini dengan proses yang sama iaitu persenyawaan in-vitro (IVF). Menurut beliau, proses kali kedua ini agak mendebarkan dan terdapat beberapa masalah yang dihadapi.

Saya menangis lebih sikit

Rasa sama macam Aafiyah dulu. Cuma tinggal lagi masa Aafiyah dulu tak adalah nak menangis banyak sangat. Tetapi kali ini, ada. Saya menangis lebih sikit la.

Video berdurasi 16 minit yang dimuat naik di saluran YouTubenya pada 11 Jan itu memaparkan perjalanan Siti Nurhaliza menjalani proses IVF untuk kali kedua. Vlog mendokumentasikan perjalanannya dari menanam embrio untuk mengetahui sama ada prosedur itu berjaya atau tidak.

Menurutnya proses IVF ini sangat mendebarkan memandangkan beliau pernah mempunyai pengalaman yang sama. Beliau turut memaklumkan, dibuat sudah banyak kali gagal.

Hati berdebar-debar lebih lagi sebab tak tahu Allah kurniakan lagi tak peluang untuk positif. Kak Iti berserah je. Dia macam 50-50 sebab kali kedua proses nak masukkan baby, ada dugaan dia. Dalam hati saya

Dalam pada itu, beliau sempat berkongsi mengalami beberapa prosedur persenyawaan in-vitro (IVF) yang gagal selama ini. Pada pemeriksaan kali kedua ini, Siti memaklumkan ada sedikit masalah kesan dari proses bersalin terdahulu kerana dia mengalami pendarahan ketika melahirkan Aafiyah. Walaupun ada beberapa masalah, namun beliau tetap tidak berputus asa dan usaha.

Dalam hati hanya berdoa sahaja, kalau Allah bagi rezeki kali ini. Saya terima dengan hati terbuka.

Proses lebih mudah sebab baby memang dah ada

Proses sama macam proses kehamilan Siti Aafiyah, melalui proses IVF. Cuma kali ini lebih simple sebab baby tu dah ada, dia sama tarikh dengan Aafiyah, cuma Aafiyah saya mulakan dengan cucuk dan sebagainya. Tapi kali ini saya cuma makan beberapa ubat bagi persediaan untuk baby itu masuk dalam perut saya.

Tambah Siti Nurhaliza lagi, proses kehamilan kali ini lebih mudah memandangkan bayi tersebut sememangnya sudah ada. Selain itu, Siti Nurhaliza dinasihatkan agar lebih berhati-hati ketika berjalan dan banyakkan berehat. Sepanjang proses IVF, Siti mengelakkan untuk membuat kerja berat dan menjaga makan.

Selepas proses IVF, hari keenam Siti Nurhaliza membuat ujian kehamilan sendiri dirumah. Rakaman video vlog itu banyak dirakam di klinik kesuburan. Segala sesi perundingannya dengan doktornya dan juga sekilas mengenai proses implantasi embrio turut dikongsikan dalam video ini.

Full video disini

Pada awalnya, ujian tidak menunjukkan tanda-tanda kehamilan namun selepas seminggu, ujian itu didapati positif. Siti mengesahkan dia mengandung anak keduanya pada 1 Disember.  Tonton video lanjut untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perjalanan yang sangat indah mengenai kehamilan kedua Siti Nurhaliza.

Sumber : Youtube

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×