Pelakon, Kamal Adli mendakwa dirinya sukar untuk meluangkan masa dengan anaknya, Hawra Uqaira apabila perlu melalui beberapa proses termasuk melibatkan pihak peguam isterinya, Uqasha Senrose.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Uqasha Senrose Sudah Berbincang Dengan Keluarga Kamal Adli Untuk Perbaiki Rumah Tangga – ‘Saya Nak Selamatkan Diri Dari Kemudaratan’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kamal Adli Dah Dua Bulan Tak Jumpa Isteri, Uqasha Senrose Nekad Mahu Cerai

Kamal perlu tulis surat kebenaran jumpa anak

Kamal atau nama lengkap Ahmad Kamal Ahmad Adli, 39, berharap Uqasha memberi kelonggaran untuk dia bertemu dengan satu-satunya puteri mereka.

Saya harap selepas ini, proses untuk berjumpa Hawra dipermudahkan sedikit. Sebab sebelum ini agak sukar, perlu melalui surat. Kalau isteri tidak mahu berjumpa dengan saya tidak mengapa, tetapi anak saya mahu sangat berjumpa.

Ini hal rumah tangga, biar saya dengan dia yang selesaikan sebenarnya dan tak patut pun untuk dikongsikan dengan orang dan jadi bahan untuk menghakimi.

Jadi tak seronok dan paling penting tak ‘best’ untuk anak saya, Hawra. Sekarang saya nak pertahankan hak supaya dapat jumpa Hawra.

Macam lama sangat tak dapat luangkan masa dengan dia. Jadi, saya harap pihak isteri bagi kelonggaran, memudahkan kerja untuk saya nak jumpa dengan anak. Kali terakhir berjumpa pada 10 November, itu pun terjumpa.

Uqasha berkata demikian ketika ditemui sejurus prosiding ketiga kes perceraiannya dengan Kamal di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, pada Rabu.

Tak nak anak tak dapat kasih sayang yang cukup

Tambah Kamal, dia akan berusaha sehabis baik demi membela nasib anaknya agar mendapat kasih sayang yang lengkap dan sempurna.

Saya cuma nak cakap saya datang mahkamah sebab saya ada anak lagi yang perlukan mak dengan ayah. Itu yang paling penting dan semua orang kena faham kenapa saya dekat mahkamah.

Saya tak fikir fasal saya dah. Ini semua sebab Hawra dan apa pun pendapat isteri, saya tak nak anak tak dapat kasih sayang yang cukup. Jadi, sebab itu saya pertahankan untuk Hawra sebenarnya.

Terdahulu, mahkamah menetapkan 18 Disember depan sebagai tarikh prosiding Jawatankuasa Pendamai (JKP) bagi kes perceraian Kamal dan Uqasha.

Uqasha memfailkan permohonan cerai terhadap Kamal di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 1 Oktober lalu.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 dalam majlis pernikahan yang berlangsung di Janda Baik, Pahang.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Hawra Uqaira yang kini berusia tujuh tahun sembilan bulan.