Sebelum ini, bekas isteri usahawan popular View Chin, iaitu Shermine memilih untuk melepaskan perkara yang lepas dan meneruskan kehidupan bersama anak-anak.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shermine Ah Moi Sudah ‘Move On’, Titip Ucapan Buat View Chin – ‘Lepaskan Perkara Yang Lama & Mulakan Hidup Baru’
Artikel Berkaitan: ‘Saya Dah Cerai Dengan Ahmoi Tahun Lepas’ – Tiktokers ‘Viral’ Bakal Beri Penjelasan?
Terbaru, rata-rata netizen memberitahu mereka suka melihat hubungan baik yang terjalin di antara Shermine dan View Chin. Bahkan, ada yang berpendapat mereka masih mempunyai chemistry.
Kami tak nak gaduh
Berikutan daripada itu, View Chin tampil menjelaskan bahawa dia dan bekas isteri sudah tidak mahu gaduh lagi. Malah, mereka bersepakat mahu membesarkan anak-anak dengan baik.
Anak saya birthday hari tu. Sebenarnya kamu nak doa kami baik-baik atau nak kita teruskan gaduh. Kalau kamu nak kami teruskan gaduh, kami tak nak.
Penat. Kami baik-baik macam ni, kami jaga anak-anak, teruskan kehidupan kami. Dia teruskan kehidupan dia, saya ada kehidupan yang baharu. Anak kami tetap jaga.
Terdahulu, Shermine atau lebih mesra disapa Ah Moi dilihat bersama View Chin di majlis ulang tahun kelahiran anaknya yang ke-9.
Pada kapsyen, Ah Moi akui bahagia dengan kehidupannya sekarang walaupun tidak memiliki teman istimewa.
Video
@amirahhfirdaus_view Replying to @foodiegirllove ? #viewchin #viewchinmira #miraviewchin
? original sound – Amirah Aqilah (VIEW) – Amirah Aqilah (VIEW)
Sumber: TikTok