berita

[VIDEO] ‘Kami Tiada Masalah Langsung’ – Nabil Ahmad, Azwan Ali Tidak Bergaduh

November 18th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Baru-baru ini, trending di media sosial memperkatakan ‘pergaduhan’ di antara dua pengacara iaitu Nabil Ahmad dan Azwan Ali di program yang berbeza. ‘Pergaduhan’ tersebut dipercayai tercetus apabila trending nombor satu program Lagu Cinta Kita dengan kemunculan semula Azwan Ali setelah 20 tahun tidak muncul di kaca televisyen.

Terbaru, pengacara senior itu dijemput ke program Meletop dan bertemu dengan Nabil Ahmad bagi ‘menjernihkan’ semula keadaan.

Kita hanya hidup sementara

Menjelaskan perkara itu, Azwan Ali menyifatkan netizen membesar-besarkan isu di antara Nabil Ahmad dan dirinya di media sosial. Bukan itu sahaja, Azwan Ali juga menerima pelbagai mesej dari netizen berhubung Nabil yang didakwa menjadi punca kepada ‘pergaduhan’ tersebut.

Kita ni hanya hidup sementara saja. Setakat nak cakap, i’m knowing Nabil, kenapa you all mesti nak besar-besarkan isu? Lepas tu Diva dapat bertalu-talu pasal Nabil.

Sementara itu, Nabil juga menyifatkan perkara yang sama dan mendakwa netizen sengaja ingin mencetuskan ‘pergaduhan’ antara kedua-dua pengacara itu.

Dia orang cakap tak sabar nak tengok Nabil dan Diva AA berperang. Dia orang seakan-akan nak bakar kita, dia orang nak tengok kita ni bergaduh. Kita ni adik-beradik dalam industri.

Azwan Ali nasihat netizen

Selain itu, Azwan Ali juga menjelaskan penampilan personalitinya dilihat berbeza di alam maya dan televisyen. Dia menyifatkan dirinya bagaikan ‘masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak’, dia perlu bijak mengenakan pakaian yang bersesuaian ketika muncul di televisyen.

Azwan Ali sempat tinggalkan pesanan buat netizen agar jangan jadi batu api untuk mencetuskan pergaduhan dalam kalangan selebriti.

Hidup ni tak lama, tak payah kita nak musuh-musuh. Our industry so small. Pusing-pusing kita jumpa. Jangan batu api lah!

Sumber: Meletop

SKIP THIS AD ×