Kanak-kanak sememangnya memberikan keceriaan kepada kita. Malah di peringkat umur yang masih kecil, kanak-kanak sudah pastinya mempunyai sifat ingin tahu dan akan menanyakan banyak soalan kepada ibu bapa mereka.
Seperti perkongsian pengguna Twitter Munazaly ini, telatah lucu budak lelaki di pasaraya pasti membuatkan korang terhibur dan tersenyum sendiri. Lawak!
Albino brokoli
“Albino” vegetables ?
Cc @Azfarovski
Credit to hubs’ cousin & his son pic.twitter.com/Meo6LJfE47— ?? (@munazaly) August 19, 2019
Video ringkas berdurasi 0:20 saat itu memaparkan gelagat seorang kanak-kanak yang secara bersahaja menjawab nama jenis sayuran yang ditunjukkan oleh bapanya.
Di awal video, kanak-kanak itu kelihatan mengetahui sayur yang ditunjukkan iaitu brokoli. Namun lain pula jadinya apabila ditunjukkan sayur kubis bunga, dia dengan selamba menjawab ia sebagai sayur brokoli albino.
Alamak! Lobak albino pun ada
Jawapan bersahaja kanak-kanak itu berjaya membuatkan bapanya tergelak kecil. Namun, bapanya tidak berhenti di situ sahaja dan kemudian ditunjukkan pula lobak merah kepada anaknya itu dan jawapannya tepat.
Selepas itu, sayuran ‘albino’ jenis kedua timbul semula apabila kanak-kanak itu menjawab lobak putih sebagai lobak albino.
Memang comel dan kreatif
Mungkin kanak-kanak ini menganggap semua sayuran yang berwarna putih adalah sayuran albino. Nampaknya kanak-kanak seusia ini sudah mula pandai berimaginasi dan mempunyai pemikiran yang kreatif.
Video itu mendapat lebih daripada 8k rt dan rata-rata netizen geram dan terhibur dengan keletah kanak-kanak tersebut.
Sumber: munazaly