berita

[VIDEO] Kanak-Kanak Masih Hidup Selepas 24 Jam Terperangkap Bawah Runtuhan Letupan Beirut

August 6th, 2020 | by AnisAffandi
Kini Trending

Sebuah letupan besar yang berlaku di Beirut, Lubnan telah memusnahkan keseluruhan kawasan pelabuhan tersebut. Letupan setinggi 4.5 skala richter itu telah menyebabkan kerajaan negara itu mengisytiharkan darurat.

Artikel berkaitan: Lebih 70 Orang Terkorban Dalam Letupan, Lubnan Isytihar Darurat

Susulan tragedi menggemparkan itu, seorang kanak-kanak melalui detik mencemaskan apabila terperangkap selama 24 jam di bawah runtuhan yang berlaku dan ditemui masih hidup.

Hanya guna lampu suluh

Menurut laporan Daily Mail, video tular di media sosial itu menunjukkan aksi menyelamat kanak-kanak yang tertimbus di bawah timbunan bangunan. Laporan media tempatan memaklumkan bahawa video tersebut merupakan video yang dirakam susulan daripada letupan itu.

Menerusi video tersebut, dengan berbekalkan lampu suluh, kru-kru menyelamat dilihat sedang berusaha menyelamatkan kanak-kanak tersebut dengan mengalihkan sisa runtuhan di sekelilingnya.

Angka kematian dijangka bertambah

Menteri kesihatan Lebanon juga menyatakan sekurang-kurangnya 135 orang telah dilaporkan maut dan lagi 5,000 orang cedera. Bagaimanapun angka kematian itu juga dijangka terus bertambah kerana masih ramai lagi mangsa yang tidak ditemui.

Selain itu, Beirut juga disifatkan sebagai bandar bencana berikutan letupan besar yang berlaku di pelabuhan bandar itu selepas dikatakan 2,700 tan ammonium nitrat terbakar dan kejadian itu mengejutkan dunia. Pelbagai negara tampil menghulurkan bantuan dan bersimpati dengan kejadian.

Sumber : Daily Mail

SKIP THIS AD ×