Belum berakhir! Tanggal 18 April 2023, orang ramai sekali lagi dikejutkan dengan berita pengarah sensasi, Syamsul Yusof yang membuat pusingan U dan memaklumkan dirinya tidak jadi menceraikan isteri pertamanya, pelakon Puteri Sarah.
Artikel berkaitan: ‘Saya Tidak Ke Luar Negara, Beraya Di Sini’ – Puteri Sarah Liyana
Artikel berkaitan: ‘Ini Baju Saya Tiga Tahun Lepas’ – Syamsul Yusof
Artikel berkaitan: ‘Takdirkanlah Yang Terbaik Buat Puteri Sarah, Ampunkan Dosa Mereka Yang Runtuhkan Masjidnya’ – Patimah Ismail
10 momen menarik!
Tanggal 18 April 2023, orang ramai sekali dikejutkan dengan berita pengarah sensasi, Syamsul Yusof yang membuat pusingan U dan memaklumkan dirinya tidak jadi menceraikan isteri pertamanya, pelakon Puteri Sarah.
Proses lafaz cerai itu sepatutnya dijadualkan berlaku pada tarikh sama di Mahkamah Syariah Rendah Wilayah Persekutuan, pagi Selasa.
Peguam syarie, Azmi Mohd Rais yang mewakili Syamsul di dalam prosiding berkata, proses tersebut tidak mencapai persetujuan.
Sudah pasti, disebalik berita yang mengejutkan itu berlalu juga beberapa momen menarik dan lucu yang terjadi.
Oleh itu, Oh Bulan! yang bersama pasangan itu sepanjang di mahkamah ingin kongsikan 10 corat-coret untuk anda:
1. Puteri Sarah datang mengenakan busana serba putih. Kelihatan dari jauh persis seorang pengantin. Malah, dia mendedahkan busana yang digayakan adalah busana baharu. Bak kata sarah, putih ibarat burung merpati terbang tinggi.
2. Jika isteri berbaju baharu, lain pula buat si suami apabila Syamsul hadir ke mahkamah dengan mengenakan suit berwarna biru gelap dan bercorak petak. Kongsi Syamsul, suit tersebut merupakan suit tiga tahun lalu dan masih muat dipakai olehnya.
3. Seawal 8 pagi lagi lebih 40 orang pengamal media yang datang daripada pelbagai agensi sudah mula berkumpul di perkarangan mahkamah.
4. Satu kejadian lucu berlaku apabila kasut salah seorang pengamal media tercabut ketika sedang mengejar Syamsul untuk ditemubual.
5. Syamsul sempat mengambil berat dan prihatin kepada pihak media apabila bertanyakan soal cuti hari raya, caring betul!
6. Ketika sedang ditemubual, Puteri Sarah kelihatan tenang dan aktres itu sempat mencuit hati pihak media apabila dia ‘flip’ tudung jenis shawl yang digayakannya ketika itu.
7. Ibarat program Running Man! Mana tidaknya, apabila pihak media terpaksa mengejar Syamsul dengan menuruni tangga sebanyak tiga tingkat untuk mendapatkan penjelasan Syamsul. Hebat wartawan!
8. Namun, Syamsul enggan mengulas dan memberi sebarang kenyataan, sebaliknya menyerahkan kepada peguam yang mewakilinya. Bagaimanapun, sebelum pulang Syamsul sempat berseloroh; “Saya penat, saya nak balik”.
9. Pengarah berusia 39 tahun itu, datang dan pulang dengan menaiki sebuah kereta mewah jenis Range Rover berwarna merah hati yang difahamkan itu merupakan aset terbaharu miliknya.
10. Wujud momen awkward. Kali ini lain pula, apabila Sarah dan Syamsul kelihatan tidak mesra dan tiada langsung momen gelak bersama seperti prosiding yang berlaku sebelum ini iaitu pada 10 April lalu.