berita

Video: Katy Perry Jadi Tarzan Dalam MV Roar

September 10th, 2013 | by Ai
Video Popular

katy_perry_roar_hero

Beberapa hari lepas, Katy Perry telah memuat naik muzik video terbarunya berjudul Roar ke laman YouTube dan MV tersebut berjaya menarik lebih kurang 40 juta jumlah tontonan. Hebat kan?

Keadaan di dalam MV berdurasi 4:30 saat itu menggambarkan kepayahan dan cabaran yang dihadapi oleh Katy untuk meneruskan kehidupan di dalam hutan selepas kapal terbang yang dinaikinya terhempas.

Pada beberapa minit awal video itu, penonton ditayangkan dengan reaksi kalut dan cemas Katy setiap kali berdepan dengan haiwan-haiwan ganas di dalam hutan tersebut.

katy-perry-roar-video-650-430

Namun selepas semangatnya kembali pulih, Katy mengubah diri menjadi tarzan seksi dan menjadikan hutan itu sebagai sebuah taman permainan yang menyeronokkan.

Selain daripada menyaksikan Katy bergayut di pokok seperti tarzan, babak Katy dimandikan oleh gajah dan mengambil gambar bersama monyet juga antara adegan yang menarik untuk ditonton.

katy-perry-roari

Walaupun MV ini agak kelakar pada awalnya, namun sedikit sebanyak Katy berjaya memberi inspirasi dan mengajar erti tidak putus asa kepada mereka yang menonton.

Untuk pengetahuan anda, Roar merupakan single pertama yang dimuatkan dalam album keempat Katy berjudul Prism. Ada juga khabar angin yang mengatakan bahawa Roar berkisar tentang perpisahan Katy dengan John Mayer tak lama dahulu sebelum mereka berbaik semula baru-baru ini.

Bagi yang belum berkesempatan melihat Katy Perry menjadi tarzan, di sini OHBULAN! sertakan MV Roar untuk tontonan anda. Semoga terhibur!

SKIP THIS AD ×