berita

[VIDEO] ‘Kau Apahal Pandang-Pandang Lepas Tu Senyum?’

July 17th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Seorang wanita panik apabila dia mendakwa telah diganggu oleh seorang warga asing ketika menaiki bas.

Artikel Berkaitan: ‘Dia Satu Malam Mau 7 Kali’- Bekas Ratu Cantik Terima Gangguan Seksual Lebih 200 Lelaki Bangladesh

Artikel Berkaitan:[VIDEO] Dalam Bas Pun Jadi!, Lelaki Gatal Selamba Raba Penumpang Wanita

Asyik toleh belakang

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, wanita itu sedang dalam perjalanan dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) ke Terengganu. Sepanjang perjalanan lelaki tersebut dilihat berulang kali memandang ke arahnya.

Semasa menaiki bas, saya sudah perasaan seorang warga asing (Bangladesh) asyik pandang-pandang bukan dengan pandangan biasa tetapi pandangan yang menakutkan. Dia dah banyak kali memandang saya semasa saya bermain telefon.

Bayangkanlah dari TBS ke Mentakab, 10 ke 15 minit sekali dia akan toleh belakang sambil senyum-senyum.

Dalam keadaan cemas, wanita itu tetap merakam gerak-geri warga asing tersebut untuk dijadikan bahan bukti.

Saya sedang bermain telefon dan perasaan dia menoleh ke belakang, lalu saya terus merakamnya.

Saya terfikir untuk merekod kejadian ini mana tahu boleh dijadikan bukti kalau orang tidak percaya kepada saya.

Tidak menunggu lama, wanita tersebut terus mengadu hal berkenaan kepada pemandu bas.

Saya dah laporkan kepada pemandu bas dan dia suruh tukar tempat. Saya pun dah selamat sampai ke rumah.

Sementara itu, dia turut menitapkan pesanan buat kaum hawa agar lebih peka dan berhati-hati dengan orang sekeliling.

Saya hanya mahu pesan, untuk semua wanita di luar sana tolong jaga keselamatan anda ketika menaiki bas terutama ketika seorang diri.

@blueberrysheeshcakeee

hati hati ye girls out there :// im not making things up, i pun tak expect langsung this happens to me of all people. :( memang panic sikit la tadi tapi nasib i baik ??

? original sound – ? ?? ? – ? ?? ?

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×