Gambar sekadar hiasan
Bekas ratu cantik menerima pelbagai gangguan seksual daripada lebih 200 orang lelaki warganegara Bangladesh setelah videonya tersebar di media sosial.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Dah Tak Makan Pisang..,’ – Tiz Zaqyah
Artikel Berkaitan: Cik Piah Tercalon Top 20 ABPBH35, Netizen Tak Puas Hati – ‘Berani Hantar Gambar Tak Senonoh’
Dijadikan bahan gurauan
Mangsa Lee Guan Yoke (kanan) Foto: Harian Metro
Menurut mangsa, Lee Guan Yoke dia menerima gangguan seksual tersebut melalui mesej, panggilan telefon dan juga di media sosial.
Saya hanya tahu dijadikan satu bahan gurauan seksual oleh seorang kenalan yang hanya pernah berjumpa dengannya sebanyak dua kali apabila secara tiba-tiba saya menerima ratusan mesej dan panggilan telefon.
Rentetan itu, mangsa berusia 41 tahun ini pernah terfikir untuk membunuh diri kerana gangguan emosi yang dialaminya.
Semua mesej dan panggilan telefon itu diterima daripada lelaki Bangladesh dengan kata-kata lucah dan sindiran. Perkara ini mengganggu emosi saya kerana ia turut menjejaskan nama baik saya dan keluarga.
Selain itu, ia juga mengganggu kerjaya dan kehidupan peribadi saya.
Ibu kepada tiga orang anak itu juga mendedahkan bahawa sejak 17 Mei lalu dia mula menerima gangguan seksual daripada lelaki-lelaki berkenaan.
Pada hari itu, saya terjumpa satu rakaman video ‘live’ Facebook dibuat seorang lelaki bernama Lee Fook Soon yang seolah-olah menjual diri saya kepada sekumpulan lelaki Bangladesh.
Ayat-ayat yang digunakan semuanya berbaur lucah, antaranya ‘dia satu malam mahu tujuh kali’, ‘nanti kamu jalan macam biawak, setelah bangla hentam kamu tujuh kali’ dan lain-lain.
Susulan itu, dia mengambil tindakan dengan membuat dua laporan polis iaitu pada 18 dan 21 Mei yang lalu di Balai Polis Taman Universiti dan Balai Polis Ulu Tiram.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak mengesahkan bahawa pihak polis telah menerima laporan polis berhubung kejadian tersebut.
Sumber: Harian Metro