Personaliti media sosial, Ananda Natasha seolah-olah memberi gambaran tentang individu yang didakwa mengganggu rumah tangganya.
Artikel Berkaitan: Bekas Isteri Dakwa Pempengaruh Curang – ‘Tak Cukup Dengan Staf, Bini Orang Pun Sanggup Awak Sailang?’
Artikel Berkaitan: Andika Putera & Natasha Hadir Ke Mahkamah – ‘Hari Ini Selesailah Urusan Kami’
Beri petunjuk?
@anandanatashaa1 Bukan ipar je maut, org sekeliling pon lagi maut hahhah
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Natasha dilihat sedang miming sebuah lagu di hadapan kamera.
Namun yang menarik perhatian warganet adalah kapsyen yang ditulis Natasha tentang sahabat.
Kawan adalah maut.
Bukan ipar sahaja maut, orang sekeliling pun lagi maut.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berteka-teki dengan kenyataan tersebut malah mereka mendakwa Natasha sedang memberi petunjuk.
Dia datang bagi ‘hint’ dah ni.
Dia bagi ‘hint’, netizen mula mencari.
Betul ke ni ‘hint’? Selalu yang percuma memang senang dapat kan..tak terkejut.
Dalam masa yang sama, warganet turut mendoakan agar Natasha tabah menjalani segala dugaan dan menasihatinya supaya berjaga-jaga dengan orang sekeliling.
Tak apa, kifarah ada. Patah tumbuh hilang berganti.
Sebab itu jangan percaya kepada sesiapa.
Hati-hati bila berkongsi cerita. Sejenis yang busuk hati, diam-diam tikam belakang walaupun kawan baik yang dianggap macam adik sendiri. ‘Stay strong’.
Natasha sebelum ini mendedahkan dan mendakwa bekas suaminya berlaku curang semasa mereka masih lagi berstatus suami isteri.
Terdahulu, desas-desus yang mengatakan mereka sudah bercerai akhirnya terjawab apabila Natasha dan bekas suaminya dilihat hadir bersama ke mahkamah dan kemudian memaklumkan perkara tersebut di media sosial.
Sebelum itu, meskipun tidak menyatakan secara terperinci tentang status perhubungan mereka namun rata-rata warganet mendakwa pasangan itu telah berpisah selepas jarang dilihat bersama.
Untuk info, selama empat tahun mendirikan rumah tangga, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang bernama Alisha Puteri.
Sumber: TikTok Ananda Natasha