Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam hari ini menetapkan 14 Ogos depan sebagai tarikh keputusan injuksi (inter-parte) yang difailkan pengarah sensasi, Syamsul Yusof terhadap isteri pertamanya yang juga pelakon, Puteri Sarah.
Artikel Berkaitan: Puteri Sarah & Syamsul Yusof Berdamai Demi Anak
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Puteri Sarah Seronok Bawa Watak Penyondol – ‘On Fire! Saya Ingin Beri Pengajaran Kepada…’
Keputusan injuksi
@ohbulanofficial Replying to @MohdKhairil2221 Tarikh akhir untuk keputusan injuksi Puteri Sarah dan Syamsul Yusof #ohbulan #fyp #news ? original sound – OHBULAN!
Peguam syarie Azmi Mohd. Rais yang mewakili Syamsul ketika ditemui selepas prosiding hari ini berkata, mahkamah telah memerintahkan kedua-dua pihak memasukkan hujahan sebelum 14 Ogos ini.
Pihak Syamsul telah menerima afidavit jawapan daripada pihak Puteri Sarah dan Yang Ariff telah meminta untuk masukkan hujah. Berkenaan lanjutan injuksi akan diputuskan pada 14 Ogos.
Pihak kami telah minta injuksi dilanjutkan. 14 Ogos kedua-dua pihak perlu hadir. Puteri Sarah tidak boleh membuat apa-apa keterangan bersifat negatif dan juga subjudis.
Azmi berkata demikian ketika ditemui usai prosiding injuksi kedua-dua pihak di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam pada Khamis.
Bagaimanapun, Syamsul dan Sarah tidak menghadirkan diri disebabkan perkara yang tidak dapat dielakkan.
Sarah bantah injuksi
Dalam pada itu, peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Puteri Sarah turut mengesahkan perkara sama selain memaklumkan anak guamnya ada memfailkan bantahan terhadap injunksi tersebut.
Jelasnya lagi, tarikh itu juga akan mengetahui sama ada keputusan ex-parte diterima atau diketepikan.
14 Ogos akan tahu sama ada injuksi ex-parte itu dikekalkan sehingga keputusan akhir ataupun diketepikan. Mahkamah akan teliti mengenai perkara itu.
Sebab hari itu hakim hanya mendengar dari sebelah pihak sahaja kemudian ditukar kepada inter-parte. Sarah membantah injuksi yang dikemukan Syamsul sebab itu afidavit dimasukkan.
Ada juga maklumkan kepada hakim berkenaan semua isu dan akan ada perkembangan terkini. Kalau semua berjalan lancar akan terus rekod.
Melanjutkan bicara, Akberdin turut menjelaskan sepanjang tempoh injuksi, ibu kepada dua cahaya mata itu dilarang sama sekali untuk memuat naik, mengeluarkan, menulis, menerbit, menyebarkan berhubung kes cerai dan nusyuz pasangan itu dalam apa jua bentuk dan medium.
Sepanjang tempoh injuksi, Puteri Sarah tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan sementara kes ini masih ditangguhkan. Asas tindakan injuksi ini adalah berkaitan Nusyuz.
Pihak kami berkata, ini adalah kebebasan bersuara jadi tidak boleh untuk kekang. Media ada, media tahu untuk menapis kenyataan Sarah macam mana.
Kebebasan bersuara di bawah Perlembangaan Perseketuan, tidak boleh aibkan dan fitnah orang lain. Sarah menjaga parameter tersebut, semua orang berhak bersuara.
Terdahulu Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur dimaklumkan tiada ruang untuk Syamsul dan Puteri Sarah untuk berdamai dalam kemelut rumah tangga mereka.
Sebelum ini pada 24 Mac lalu, selepas proses JKP berlangsung di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, mengatakan proses itu gagal menemui jalan penyelesaian.
Aktres itu berkata, tiada perkara yang perlu dirunding atau dibincangkan lagi memandangkan hatinya telah tertutup untuk berdamai selepas nekad mahu bercerai.
Antara alasan dikemukakan Puteri Sarah selaku plaintif untuk bercerai ialah sudah tiada persefahaman dan telah berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan) serta tidak lagi dapat hidup bersama sebagai suami isteri menurut hukum syarak.
Syamsul atau nama sebenarnya Mohd. Syamsul Mohd. Yusof, 39, pula selaku defendan sebelum ini memaklumkan enggan menceraikan isteri pertamanya kerana yakin rumah tangga mereka boleh diselamatkan, selain masih menyimpan perasaan sayang terhadap Puteri Sarah.
Pada 18 April lalu, saman terhadap Ira Kazar dan pengurangan jumlah tuntutan nafkah anak antara yang menjadi penghalang kepada penceraian di antara Puteri Sarah dan suaminya pengarah, Syamsul Yusof.
Pasangan itu sepatutnya merekodkan persetujuan penyelesaian yang dikatakan telah dicapai dalam satu pertemuan yang mana Syamsul juga akan melafazkan talak terhadap Puteri Sarah pada hari tarikh tersebut.
Puteri Sarah memfailkan cerai terhadap Syamsul mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
Untuk rekod Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikul Islam, 6, dan Summayah, 4.