Pelakon Amir Ahnaf mengakui mengenali wanita yang didakwa kekasih gelap penyanyi Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine dan pertama kali berjumpa semasa menghadiri sebuah acara di Singapura.
Artikel berkaitan: Amir Ahnaf Belum Bersedia Nak Bercinta – ‘Saya Anak Sulung Daripada Sembilan Adik Beradik, Banyak Tanggungjawab Dipikul’
Artikel berkaitan: Amir Ahnaf Mohon Maaf Isu Adegan ‘Soft P**n’ – ‘Ibu Bapa Saya Tahu, Babak Itu Hanya Cheat Shoot’
Kenal semasa acara di Singapura
Menurutnya, dia mengenali Sarah melalui pelakon Anna Jobling yang membuka gerai bersebelahan dengan gerainya di acara itu.
Sebenarnya saya kenal dia. Ceritanya masa tu saya dekat CelebFest selama tiga hari. Kebetulan booth saya sebelah booth Anna Jobling dan seperti kita tahu Sarah berkawan dengan Anna.
Saya selalu lepak belakang gerai untuk makan dan mereka ada di sebelah, jadi kami lepak sekali. Dia (Sarah) banyak tolong angkat barang dan dia seorang yang baik.
Dalam pada itu, Amir berkata, hubungan mereka sekadar kawan dan katanya pertama kali berjumpa semasa menghadiri sebuah acara di Singapura.
Kami tidak lagi berhubung macam Anna cakap kami jumpa dekat acara tu sahaja. Tak ada perkara apa yang disembunyikan.
Tapi Sarah seorang yang baik, selalu tolong kami (Amir dan Anna). Dia pun tolong jaga macam ‘bodyguard’, tolong (beri laluan) sebab Amir dengan Anna nak lalu.
Tiada percubaan untuk bercinta
Disoal mengenai hubungannya dengan Anna, dia menafikan berlaku percubaan antara mereka untuk menjadi pasangan bercinta.
Tak ada apa-apa percubaan. Selepas apa yang berlaku terhadap Anna, kami masuk dalam set penggambaran. Saya tahu yang dia single masa itu dan saya pun single, dan saya cakaplah kalau boleh saya tidak mahu ada apa-apa.
Sebab saya takut apa-apa jadi pada masa hadapan. Jadi, lebih baik kita menjadi kawan.
Dalam perkembangan lain, Amir merupakan salah seorang pelakon dalam filem bergenre seram berjudul Terkutuk yang merupakan kerjasama dengan produksi Indonesia yang bakal ditayangkan sekitar Jun 2024.