Pelakon jelita, Eyka Farhana meluahkan kekecewaan apabila pembantu rumah yang begitu disayanginya melarikan diri dari rumah sejurus selepas mendapat gaji yang diberikannya.
Artikel Berkaitan: Jaringkan Gol Kemenangan Buat JDT, Akhyar Terima Ucapan Tahniah Daripada Eyka Farhana – ‘Congrats B’
Lari ikut lelaki
@misseyka.fIm so frustrated but thank you!? original sound – Eykafarhana
Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, Eyka atau nama sebenarnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi yang sedang melakukan rutin kecantikan memaklumkan bahawa kejadian tersebut berlaku ketika dirinya berada dalam keadaan yang kurang sihat.
Menurut Eyka, dia yang kebiasaannya akan membayar gaji bibiknya itu pada setiap 5 atau 6 haribulan terkejut apabila wanita berkenaan meminta untuknya membayar gaji lebih awal.
Waktu tu saya sakit tapi dia jaga saya dengan sangat baik. Dalam dia jaga saya tu, dia berkeras nak juga duit gaji dia di awalkan.
Saya memang tak larat tapi ada satu hari tu saya bangun pukul 5 pagi macam tu dan saya terus masukkan duit gaji dia.
Lebih kurang satu jam lepas tu, dalam pukul 6 pagi, ibu saya kejut dan maklumkan pada saya yang bibik saya ni dah lari.
Tambah Eyka, dia sama sekali tidak menyangka bibiknya itu sanggup melarikan diri kerana keluarganya sentiasa melayan wanita berkenaan dengan baik.
Tapi saya perasan yang semenjak dua menjak ni dia selalu cakap dengan ibu saya bahawa dia tidak akan melarikan diri dari kami sebab dia rasakan kami dah jaga dia dengan sangat baik dan sebagainya.
Bibik saya tu juga sejak akhir-akhir ini dia seperti mempertikaikan tindakan kebanyakan bibik di luar sana yang melarikan diri daripada majikan mereka.
Tapi bila saya selidik balik, sebenarnya dia lari adalah sebab lelaki. Saya tengok TikTok, dia banyak buat video duet dengan lelaki.
Eyka turut menguatkan lagi dakwaannya itu dengan mengatakan bahawa bibiknya itu akan mencari alasan mengatakan dirinya tidak sihat sehingga perlu mendapatkan rawatan di hospital sehingga lima ke enam hari lamanya.
Di akhir videonya itu, pelakon drama ‘Melur Untuk Firdaus 2’ menasihati orang luar di luar sana untuk tidak mempercayai pembantu rumah mereka seratus peratus bagi mengelakkan daripada kejadian yang menimpanya ini berulang.
Lain yang diperhati netizen
Perkongsian Eyka itu turut mendapat perhatian wargamaya namun, lain pula yang diperhatikan mereka.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji cara Eyka menjaga kecantikannya dan tertarik dengan produk ‘skin care’ digunakannya.
Menurut netizen, mereka sukar untuk fokus mendengar cerita yang disampaikan Eyka kerana begitu tertarik dengan kecantikan pelakon berusia 28 tahun itu.
Sumber: TikTok