berita

Video : Keisha Warisi Bakat Lakonan Nabila Huda?

September 27th, 2013 | by Ai
Video Popular

Nabila Huda

Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, itulah perumpamaan yang sesuai diberikan buat pasangan anak beranak, Nabila Huda dan puteri tunggalnya, Keisha.

Jika sebelum ini Nabila atau lebih mesra disapa sebagai Abil mewarisi bakat seni yang terdapat dalam diri bapanya, Amy Search, nampaknya darah seni tersebut tidak hanya berakhir pada aktres itu sahaja, malah secara sedikit demi sedikit ianya turut menyerap masuk ke dalam diri Keisha.

Nabila Huda & Keisha 7

Bagi mereka yang mengikuti laman sosial Abil, pastinya sudah sedia maklum dengan bakat terpendam yang ada dalam diri si cilik itu dan buktinya boleh dilihat menerusi video-video yang dikongsikan oleh pelakon drama Sangkar tersebut di laman sosialnya baru-baru ini.

Meneliti setiap Instavideo yang dikongsikan, Keisha kelihatan sangat petah berbicara dan dilihat begitu yakin serta pandai beraksi di hadapan kamera. Meskipun percakapannya agak pelat, akan tetapi keletahnya mampu mencuit hati sesiapa sahaja sehingga ada yang sanggup menonton video comel Keisha berulang kali.

Hmm.. mungkinkah suatu hari nanti Keisha juga akan bergelar pelakon penuh versatil seperti ibunya? Apa pun kita sama-sama nantikan momen tersebut ya.

Dengan itu, di sini OHBULAN! ingin kongsikan beberapa video comel lakonan Keisha bersama Abil untuk tatapan anda semua. Enjoice!

Kredit Foto & Video : Instagram Nabila Huda

SKIP THIS AD ×