Personaliti media sosial, Don Jany berkongsi kisah iktibar pengakhiran hidup seorang lelaki mabuk yang meninggal dunia dalam keadaan sedang beribadah.
Artikel Berkaitan: Wanita Meninggal Dunia Sejurus Selesai Khatam Al-Quran Di Masjid
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Jemaah Malaysia Dilanggar Selepas Solat Tarawih, Jenazah Disolatkan Di Masjidil Haram
Manusia berubah
Gambar sekadar hiasan
Menerusi temu bual sebuah stesen radio, Don Jany berkata lelaki tersebut merupakan jirannya dan dia sering melihat lelaki itu dalam keadaan mabuk selain memiliki sikap yang dingin.
Saya nampak seorang abang ini dia seorang pemabuk, saya nampak dia terbaring dekat tempat parking kereta. Saya pun bantu angkat dia.
Ketika itu saya muda lagi, jadi bila dah buat baik mestilah kita nak orang ucapkan terima kasih tetapi saya rasa kecil hati sebab abang itu tak pernah nak ucap terima kasih dan bila nampak saya pun dia masih buat bodoh.
Sejak dari itu, pempengaruh tersebut berazam untuk cuba membantu golongan seperti lelaki berkenaan dengan menghasilkan konten positif tentang agama.
Cuma dalam hati saya masa itu, saya terfikir macam mana saya nak buat orang-orang macam ini dekat dengan Allah sebab kita tak boleh nak jangka orang-orang macam ini nak ke masjid untuk pergi belajar, tengok rancangan agama dekat YouTube.
Semasa itu saya baru sahaja masuk kumpulan sukarelawan dan barulah buat konten. Ketika hasilkan konten saya banyak buat tentang jangan menghina orang-orang yang masuk penjara..jangan pandang rendah dengan penagih dadah.
Bagaimanapun, dia sama sekali tidak menyangka bahawa lelaki tersebut terkesan dengan konten dakwah yang dihasilkannya.
Rupa-rupanya video-video saya sampai dekat abang ni.
Suatu hari, abang ini tengah mabuk dan dia nampak saya kemudian dia tegur.
‘Aku tengok video kau dekat Facebook, aku rasa nak kembali kepada Allah tapi aku tak tahu macam mana’.
Sambil berbual mata dia dah berair dan nampak keikhlasan dia. Bila saya nak balik dia nak peluk dalam keadaan pegang arak. Tapi dia rasa selesa dengan saya.
Setelah beberapa tahun, Don Jany mendapat khabar duka tentang pemergian lelaki berkenaan dan paling memilukan jenazahnya ditemukan dalam keadaan masih berada di atas sejadah.
Saya dapat panggilan mengatakan abang ini dah meninggal dunia. Jadi saya datang, jumpa keluarga dia dan tolong uruskan jenazah. Saya tanya kepada keluarganya, kenapa abang ini meninggal, sakit apa?
Rupanya dia meninggal dunia dia rumah, dia meninggal selepas solat isyak. Dia tidur dekat atas sejadah dan meninggal dalam tidur.
Saya jumpa dia terbaring atas jalan tengah minum arak, tapi Allah tarik nyawa dia dalam keadaan terbaring di atas sejadah.
@zayan.my Tersedar dan Tersentak dengar perkongsian @_donjany tentang seorang lelaki mabuk ? #ZAYANshare #Donjany #Dosa #Syurga #Taubat #Rwyfb #Fyp
Sumber: TikTok Zayan