berita

[VIDEO] Kemeriahan Majlis Kahwin ‘Drive Thru’ Semasa PKPP, Boleh Jumpa Pengantin Seminit Je!

June 30th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Ekoran Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sebelum ini masih belum membenarkan penganjuran majlis sosial, sepasang pengantin telah mengadakan majlis perkahwinan mereka secara ‘drive thru’. Menerusi perkongsian seorang pengguna Facebook Farreed Sahar, walaupun majlis dibuat tanpa memerlukan orang ramai untuk berkumpul, namun mereka masih mengekalkan SOP mengikut saranan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Majlis ‘drive thru’ pertama di Malaysia

Syukur alhamdulillah serta ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak-pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis perkahwinan drive thru ini.

Terutama kepada ahli keluarga kedua mempelai, Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang, Zenuz Production, Dinas Bridal, As Puri Catering, DJ, pasukan RELA, dan individu-individu lain yang juga memainkan peranan dalam menjayakan majlis ini.

Menurutnya, perkahwinan mempelai Norazura Mohd Ali dan Aguzz Aguss merupakan majlis perkahwian pertama yang berkonsepkan ‘drive thru’ di Malaysia.

Jumpa pengantin selama seminit

Selain itu, pengunjung yang hadir perlu mengikut SOP yang ditetapkan seperti kenderaan perlu beratur menuju ke khemah pelamin dan suhu badan bakal diperiksa oleh anggota RELA yang bertugas. Pengunjung juga perlu mencatat nama berserta nombor telefon. Adat ‘salam keruk’ dalam majlis perkahwinan ditukar menjadi tabung yang disediakan. Pengunjung hanya dibernarkan masa selama seminit untuk bertemu pengantin tanpa keluar dari kenderaan.

Makanan bungkus disediakan

Maklumat pengunjung direkodkan

Kemeriahan majlis kahwin ‘drive thru’

Sumber: Farreed Sahar, Zenus Production

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×