Pencarian jodoh sememangnya sukar bagi sesetengah individu sehinggakan terpaksa mempromosi diri bagi mencari calon yang sesuai. Sebelum ini tular di media sosial apabila seorang lelaki bertindak menggantung poster dirinya untuk mencari jodoh. Akhirnya usaha itu membuah hasil apabila dia dikhabarkan sudah berjumpa dengan calon isteri.
Satu rancangan televisyen Indonesia telah memaparkan program realiti mencari jodoh yang mengumpulkan sekumpulan lelaki dan wanita yang masih bujang. Namun apa yang menarik perhatian apabila seorang wanita sedih kerana dari 31 orang lelaki yang bertanding tiada seorang lelaki pun yang ingin berkenalan dengan dirinya. Ekoran itu, bapa saudara kepada wanita itu berang dan timbul konflik yang terjadi di atas pentas tersebut.
Mengamuk lepas kena reject
Menerusi YouTube ANTV Klik, seorang wanita bernama Indri memperkenalkan dirinya di hadapan 31 orang lelaki dalam rancangan Garis Tangan yang merupakan program realiti cari jodoh di Indonesia. Pengacara program tersebut menyuruh antara 31 orang lelaki berkenaan untuk berdiri jika hendak berkenalan bersama Indri. Ternyata tiada seorang pun lelaki yang berdiri untuk berkenalan dengan Indri. Ekoran itu, Indri menangis teresak-esak kerana dia terasa dirinya dihina di khalayak ramai.
Sampai bergaduh atas pentas
Di belakang pentas, dia mengadu kepada bapa saudaranya bahawa dirinya dihina di hadapan orang ramai. Bapa saudaranya yang mendengar luahan wanita itu lantas berlari ke hadapan pentas untuk memanggil siapa lelaki yang menghina Indri. Kekecohan itu berlarutan sehingga tercetus pergaduhan kecil di atas pentas sebelum dileraikan oleh krew produksi.
Ya udah, omnya aja nikah sama Indri