berita

[VIDEO] ‘Kenapa Aku Tak Masuk Penjara Macam Kau?’ – Syamsul

March 24th, 2023 | by Zulaikha
Isu & Kontroversi

Kontroversi antara pengarah popular, Syamsul Yusof dengan Farid Kamil nampak gayanya akan berpanjangan apabila suami kepada Diana Danielle bakal berdepan tindakan undang-undang.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kepada Farid Kamil, Jumpa Dekat Mahkamah’ – Syamsul Yusof

Saya kaki pukul?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syamsul Yusof (@syamsulyusoffilm)

Menerusi hantaran di Instagram (IG) pada pagi Jumaat, Syamsul menegaskan dia tidak mungkin melakukan kekasaran kepada golongan Hawa.

Kata Syamsul, dia mempunyai ibu, Datin Patimah Ismail, anak, Sumayyah dan adik perempuan yang amat disayangi.

Saya ada anak perempuan, saya ada ibu. Saya ada adik perempuan yang amat saya sayangi dan hormati mereka.

Aktor berumur 39 tahun itu juga menekankan sekiranya dakwaan ‘kaki pukul’ benar, sudah pasti dia akan dimasukkan ke dalam penjara dan dikenakan hukuman.

Jangan gambarkan saya kaki pukul. Sedar tak, kenapa saya tak masuk penjara ini? Kenapa aku tak masuk penjara macam kau (Farid Kamil)? Sebab bukti tiada, benda sebegitu tidak boleh.

Adil ke untuk seorang selebriti jika jumpa media di tepi jalan dan dedahkan sesuatu kemudian keesokan harinya muka depan akhbar cerita tersebut? Tanpa menyiasat dan hubungi saya.

Kau ada cerita kau, aku ada cerita aku. Move on! Nak saya buka ke cerita yang dah lama? Sebab kalau saya buka cerita lama, malu pihak sebelah sana.

Kalau aku cakap menangis tak sudah kau bro. Kau dah main hati dan perasaan.

Hormat sebagai rakan industri

Dalam pada itu, pelakon filem Munafik turut bersimpati dengan Farid yang sedang mengalami masalah rumah tangga dengan Diana atau lebih mesra disapa DD.

Saya tahu dia tengah sibuk dengan isu rumah tangganya, sorry about that. Tapi itulah, saya tak tahu dia ini apa hal, daripada dulu. Apa masalah dia dengan saya pun tak taulah.

Tak puas hati kita jumpa di mahkamah, ikut undang-undang. Kenapa nak tunjuk kau lagi bagus daripada aku ke?

Terdahulu, Farid mendakwa Syamsul pernah memukul seorang wanita bernama Diana namun tiada sebarang tindakan undang-undang yang diambil.

Kenyataan tersebut dikeluarkan sehari selepas isteri pertama Syamsul, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin mendedahkan dia pernah dipukul oleh suaminya pada tahun 2020.

Difahamkan, Diana yang dimaksudkan Farid merupakan isterinya yang juga seorang aktres.

Untuk rekod, Syamsul dan Diana pernah menjalin hubungan istimewa pada 2005 sebelum terputus pada tahun 2008.

SKIP THIS AD ×