Sebelum ini, nama pendakwah selebriti, Da’i Syed dan isterinya Hana Ismail menjadi bualan wargamaya selepas tular semula potongan video pasangan itu yang diminta untuk menyampaikan ‘mesej’ buat mangsa yang difahamkan mengalami kemurungan akibat dirogol.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tular Semula Pesanan Da’i Syed Kepada Mangsa R*gol Alami Kemurungan – ‘Hadapi Hidup Ini Dengan Tenang, Kita Tak Tahu Masuk Syurga Atau Neraka’
‘Tegurlah keturunan Syed dengan baik’
Kita ni semua umat Rasullullah, umat nabi Muhammad SAW.
Tegur dan sayanglah pada semua manusia bukan kepada yang berketurunan Syed dan Syarifah sahaja. pic.twitter.com/HLCB2qQIBd
— Cikgu_Anep (@Cikgu_Anep) August 31, 2024
Terbaharu, nama pasangan selebriti itu sekali lagi menjadi perhatian apabila tular pula sepotong video memaparkan Hana yang memberikan pendapat mengenai mereka yang berketurunan Syed dan Syarifah menerusi satu sesi siaran langsung di media sosial.
Menerusi potongan video yang dimuat naik @Cikgu_Anep di aplikasi X, pemilik nama Nurulhana Ismail meminta orang ramai untuk menegur mereka yang berkenaan secara baik sekiranya ‘tersasar’ melakukan kesilapan.
Menurut Hana, mereka yang berketurunan Syed dan Syarifah ini perlu ditegur dengan baik kerana mempunyai darah keturunan Nabi Muhammad SAW.
Kalau kita nampak ada (mereka) berketurunan Syed dan Syarifah yang mungkin tersasar, minta ditegur dengan baik dan tetap sayangkan mereka.
Sebab mereka ini mempunyai darah keturunan Rasulullah SAW.
Walaupun mereka ini tidak mempunyai apa-apa pangkat dan tidak ada ilmu yang lebih dalam agama sekalipun, tetap sayangkan mereka sebab ada mengalirnya darah Nabi Muhammad.
Sebagai contoh, mereka itu menguji kita dan mungkin kita ada isu dengan mereka, tetap sayang dan doakan mereka supaya kembali kepada jalan yang benar.
Hantaran tersebut kembali tular dan meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya berang dengan kenyataan Hana.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat seseorang itu perlu ditegur dengan cara yang baik meskipun mereka bukan berketurunan Syed ataupun Syarifah.
Sekadar info, Da’i Syed dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam kerana merogol seorang wanita di sebuah kondominium, lima tahun lalu pada Jumaat.
Komen netizen
Sumber: Aplikasi X