berita

[VIDEO] Keputusan Lafaz Cerai Hafidz Roshdi Ditangguhkan Pada 27 Julai

June 20th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Proses pengesahan lafaz cerai membabitkan rumah tangga pelakon, Hafiz Roshdi masih belum menemui jalan penyelesaian.

Artikel Berkaitan: Hafidz Roshdi Terus Membisu, Hadir Ke Mahkamah Bagi Proses Pengesahan Lafaz Cerai Ditemani Ibunda Tercinta

Artikel Berkaitan: ‘Kenapa Tiba-Tiba? Selama Anak Dia Hidup Tak Pernah Ambil Tahu Pasal Instagram’ – Nurul Shuhada

Ditangguh pada 27 Julai

Terbaru, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam menangguhkan prosiding lafaz cerai pelakon berkenaan dan isterinya, Nurul Shuhada dan akan ditangguhkan kepada 27 Julai ini.

Menurut peguam yang mewakili Shu, Nurfarhana Abd Manaf berkata keputusan itu dibuat pihak mahkamah yang ingin meneliti penjelasan yang dibuat oleh pihak plaintif dan defendan.

Difahamkan, Shuhada yang hadir ke mahkamah memberikan jawapan lisan manakala Hafidz memberikan jawapan bertulis ketika prosiding pengesahan lafaz cerai hari ini.

Sehubungan dengan itu, Hakim meminta Hafidz untuk memberikan jawapan dalam bentuk lisan dan memutuskan untuk meneliti terlebih dahulu jawapan yang diberikan sebelum memutuskan keputusannya pada 27 Julai nanti.

Terdahulu, perkahwinan yang dibina Hafidz dan Shuhada dikatakan retak selepas timbulnya dakwaan adanya orang ketiga yang mengganggu rumah tangga mereka.

Nurul Shuhada kemudiannya dilaporkan memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 27 Februari yang lalu.

Bagaimanapun, lafaz cerai yang sepatutnya berlaku pada 21 Mac lalu gagal dilaksanakan selepas mahkamah mendapati ada isu baharu berhubung isu lafaz cerai pasangan tersebut.

Dalam pada itu, Hafidz atau nama sebenarnya, Muhammad Hafidz Roshdi mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencederakan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya, jam 3.30 pagi pada 2 Mac lalu.

Berdasarkan pertuduhan, pelakon itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Nurul Shuhada, 29, dengan menumbuk menggunakan tangan sebanyak tiga kali sehingga isterinya mengalami luka, lebam dan bengkak di pipi kiri.

Imbas kembali, Hafidz dan Nurul Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 serta dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2.

Dalam perkembangan sama, Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu memerintahkan untuk Hafidz dihantar ke Hospital Bahagia bagi menjalani rawatan psikitiari.

Namun, Hafidz disahkan waras dan pertuduhan ke atasnya layak untuk dibicarakan.

@ohbulanofficial

Berikan ruang dan peluang untuk mereka #ohbulan #sembangentertainment #hafidzroshdi #mahu #kehidupan #baru #nurulshuhada

? original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

SKIP THIS AD ×