Baru-baru ini, pelakon Azhar Sulaiman berseloroh mengatakan dirinya ‘pening’ kepala apabila anak perempuannya yang juga seorang pempengaruh media sosial, Kasih Iris Leona sudah pulang ke Malaysia bagi menyambut Ramadan.
Menurut Azhar, antara tujuan Leona pulang ke tanah air adalah kerana merindui suasana membeli juadah berbuka puasa di bazar Ramadan dengan menaiki motosikal.
Artikel berkaitan: [VIDEO] Balik Malaysia Semata Rindu Bazar, Azhar Sulaiman Pening Dengan Leona
Artikel berkaitan: Azhar Sulaiman Restu Sekiranya Kasih Iris Leona Kahwin Suami Orang
Artikel berkaitan: [VIDEO] Tak Putus Tawaran Berlakon, Azhar Sulaiman Berterima Kasih Pada Leona – ‘Dia Punya Pasal Nama Saya Terpalit’
Ubat kerinduan pergi bazar
Terbaharu, menerusi muat naik video di laman TikTok, Leona akhirnya dapat mengubati kerinduan untuk berbuat demikian apabila dia pergi ke bazar bersama bapanya dengan menaiki motosikal, baru-baru ini.
Menerusi video berkenaan juga, gadis berusia 21 tahun itu dilihat cukup teruja dan gembira berkongsi momennya menaiki kenderaan dua roda itu untuk menuju ke bazar yang difahamkan berada tidak jauh dari kawasan perumahannya.
Hello semua, sekarang saya akan pergi ke bazar dengan ayah. Saya dan ayah akan pergi bazar Pencala High Street dan tidak jauh dari rumah saya. Ramai sangat orang.
Sebab saya naik motor supaya dapat elak jam, kalau jam nanti boleh hilang mood nak pergi bazar. Tapi saya tidak pandai bawa motor, jadi saya akan suruh abang atau ayah saya bawa.
Netizen terhibur
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya meluahkan rasa terhibur melihat gelagat anak kepada aktor berusia 51 tahun itu selain menyifatkan Leona sebagai seorang yang comel.
Video
@leonsmeonssYay? original sound – Leona ?
Untuk info, Leona bersama kembarnya, Andika Rees Pahamin kini sedang melanjutkan pengajian di London. Selain Leona dan Andika, Azhar turut mempunyai seorang lagi anak perempuan sulung bernama Kasih Leia Ixora.
Sumber: TikTok Kasih Iris Leona