berita

[VIDEO] Kerja Gila! Bakar Mercedes AMG GT 63 Berharga RM1.7 Juta Demi Content Youtube

October 28th, 2020 | by Shafika
Video Popular

Sebelum ini viral apabila Youtuber dari Syria, Anas Marwah dan Aayla membuat kejutan menerusi lampu di bangunan pencakar langit Burj Khalifa, Dubai semata-mata untuk mendedahkan jantina anak mereka.

Artikel Berkaitan : [VIDEO] Bintang Youtube Arab Bayar RM540k Umum Jantina Anak Di Bangunan Tertinggi Dunia

Terbaru, bintang Youtube dari Rusia dikenali sebagai Misha pula jadi perhatian dunia apabila bertindak membakar Mercedes AMG GT 63 yang berharga RM 1.7 juta demi content saluran Youtube miliknya. Fuh!

Bakar kereta mahal

Video berdurasi selama 7 minit tersebut yang dimuat naik pada 24 Oktober lalu telah mendapat pelbagai reaksi netizen dan sudah ditonton lebih 11 juta orang dalam masa 3 hari. Kebanyakan daripada mereka terkejut dengan tindakan beliau membakar kereta tersebut. Tak kurang juga mendakwa youtuber ini ‘balik modal’ dengan hasil tontonan di Youtube.

Dalam video tersebut, Misha dilihat tenang menikmati hidangan sosej yang dibakar sendiri selepas membakar kereta mewah miliknya. Dia yang kelihatan bersahaja dan cool berlalu pergi menaiki kereta jenis ‘old school’ berwarna hijau. Ada juga beberapa orang dipercayai krew dan rakan-rakannya turut serta membantunya dalam misi membakar kereta mewah tersebut. Macam-macam hal, tahap bosan betul ini!

Enggan baiki  kereta?

Menurut sumber portal Drivetribe, Misha bertindak membakar keretanya selepas pihak pengedar Mercedes di kawasannya tidak mahu memperbaiki keretanya. Dia mengaku telah menghantarnya ke sebuah dealer Mercedes tempatan sebanyak lima kali tetapi peniaga itu nampaknya enggan membaikinya atau menghadapi masalah melakukannya.

Salah satu cara untuk mengurangkan rasa sakit hatinya, dia membakar kereta mewah tersebut di sebuah ladang. Orang-orang kaya boleh lah buah macam ini kan?

Memang membazir

Di ruangan komen, rata-rata tidak setuju dengan tindakan tersebut yang dianggap keterlaluan dan membazir. Walaupun dia orang kaya, namun duit itu boleh disumbangkan kemana-mana badan kebajikan.

Ada juga segelintir netizen yang merasakan ini semua demi tontonan yang tinggi serta kepuasan mereka dalam menghasilkan content di Youtube. Dalam pada itu, bintang Youtube ini juga dianggap ‘pendek akal’ dan ‘lifeless‘ kerana kehidupan hanya berpaksikan media sosial sahaja.

Sumber : Youtube

 

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×