Sabtu lalu, negara dikejutkan oleh berita seorang ibu didakwa mengelar leher anak lelakinya sehingga maut.
Perkara tersebut telah mendapat perhatian ramai termasuk doktor perubatan dan personaliti media sosial, Dr Say Syazril.
Artikel Berkaitan: Ibu Tergamak Kelar Leher Anak, Siap Hantar Gambar Pada Suami Menerusi WhatsApp
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Ketika Itu Berjurai Air Mata Saya, Dunia Saya Hancur’ – Dr Say
Pengalaman sebagai ibu bapa
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok sebelum ini, Dr Say meluahkan pendapatnya tentang isu tersebut dan telah mendapat pelbagai reaksi daripada warganet.
Majoriti merasakan ibu itu berada dalam tekanan dan ada juga segelintir merasakan ibu tu memang berniat untuk membunuh anaknya.
Susulan itu, bapa kepada tiga orang anak ini berkongsi pengalamannya ketika menjaga isteri dan anak semasa tempoh berpantang.
2019 bila isteri saya melahirkan anak pertama kami, saya dan isteri nak berpantang sendiri dekat rumah sebab tak nak susahkan ibu bapa kami yang sudah lanjut usia.
Masa tu tak ambil confinement lady, apatah lagi duduk confinement centre sebab tak mampu. Kos bersalin (emergency) caesar habis dekat RM20,000.
Menurutnya, bukan mudah untuk menjaga seorang bayi, malah dia dan isteri juga mengalami stres yang melampau.
Dua bulan saya kosongkan jadual saya untuk teman bini saya berpantang dan dua bulan itu adalah yang sangat teruk.
Tak kira berapa kali kami bertelagah akibat stres tak cukup tidur, baby meragam tengah-tengah malam.
Pukul 5 pagi hampir tiap-tiap hari saya drive dengan baby untuk tidurkan dia dan paling teruk saya tergoncang baby sebab stres. Dia menangis tak henti.
Yang dah follow saya lama mesti ingat posting yang saya ‘koyak’. Tidak pernah dalam hidup saya merasakan tekanan yang sangat besar sehingga menjadikan saya agresif dan impulsif.
Justeru itu, Dr Say meminta orang ramai untuk tidak menilai atau mengecam kejadian yang menimpa ibu dan anak tersebut.
Saya yang teman isteri berpantang dua bulan pun begitu jadinya. Bayangkan ibu ibu yang berpantang seorang diri tanpa support sistem di sisi.
Siapa kita untuk menghukum apa yang seorang ibu sedang alami dan jika awak tak ada perkara yang baik untuk dikatakan lebih baik diam sahaja.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet daripada kaum ibu bersetuju dengan pendapat Dr Say selain turut berkongsi mengalaman mereka semasa dalam tempoh berpantang.
@say_shazril0 Selagi mana kita tak berada dalam kasutnya kita takkan tahu apa yg ibu tu went through. Sy berpeluang berpantang 2 bulan fully bersama bini berdua back in 2019 & ia satu pengalaman paling gelap dalam hidup sy jadi i can understand what the mother is going through. Kita doakan yg baik2 untuk anaknya yg telah meninggal dunia dan untuk semua yg suffering from mental illness. If by any chance korang nak bercakap dengan counsellor, bolehlah download app Plus Vibes. This is not a paid review, this is to help others who are in need of a shoulder to lean on out there.
? Music box and background music for sad scenes(1345342) – syummacha
Sumber: TikTok Dr Say