berita

[VIDEO] Kesal Kahwini ‘Biawak Hidup’, Youtuber Dakwa Dipukul 2 Kali Di Perut Ketika Hamil

June 22nd, 2021 | by Amat
Kini Trending

Di media sosial semua orang ingin paparkan kebahagiaan, tetapi siapa sangka di sebalik kebahagiaan itu terselit duka yang tidak semua orang tahu. Itulah situasi yang terpaksa dihadapi oleh seorang Youtuber terkenal Indonesia iaitu Vioo Ryusakii yang dipercayai dikasari suaminya dalam keadaan berbadan dua.

Dipukul di bahagian perut

Youtuber tersebut memaklumkan bahawa lelaki berkenaan merupakan suami barunya. Malah sebelum ini, lelaki berkenaan telah memberi layanan yang cukup baik terhadap diri dan anak lelakinya dan wanita ini langsung tidak menyangka suaminya itu akan mengasari mereka berdua.

Menurut sumber, wanita ini dipercayai dipukul oleh suaminya dibahagian perut sebanyak dua kali. Meskipun ketika itu dia sudah meraung kesakitan tetapi lelaki berkenaan langsung tidak mengendahkannya. Berikutan daripada insiden itu, wanita ini telah dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Tidak terhenti di situ, wanita ini mendakwa anak lelakinya juga turut menjadi mangsa pukul suaminya.

Tidak mengaku, tiada bukti

@vioo.ryusakiii? original sound – ILham Sudarpianto

Suspek bagaimanapun mengaku tidak bersalah memukul isteri dan anak tirinya kerana tiada bukti dari rakaman CCTV mahupun video. Difahamkan, suspek telah melarikan diri sebelum Youtuber berkenaan melaporkan insiden itu kepada pihak polis.

Sementara itu, Youtuber Vioo Ryusakii menerusi posting di Instagramnya menasihati orang ramai supaya tidak mudah mempercayai kata-kata lelaki kerana dia tidak mahu wanita di luar sana menimpa nasib yang sama sepertinya.

Jangan pernah percaya kata-kata dari lelaki kalau akhirnya kamu dapat akibat. Sudah menumpang hidup makan, beli rokok. Sudahlah hilangkan handphone anak aku baru pakai empat bulan sekarang sudah mula pukul dan melarikan diri.

@vioo.ryusakiii? suara asli – Vioo.Ryusakii21 ???

@vioo.ryusakiiiAda pengganggu?? Jang Ganggu Cover – ???????.

Sumber: Vioo Ryusakii21

SKIP THIS AD ×