berita

[VIDEO] Khusyuk Baca Surah Yasin, Tiba-Tiba Suara Misteri Ikut Mengaji

July 8th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Niat seorang lelaki merakam bacaan potongan ayat dari Surah Yasin secara suka-suka bertukar menjadi pengalaman misteri apabila satu suara yang tidak dikenali mengikutnya mengaji. Menerusi Twitter Nadzmin Adam, dia menyedari kehadiran suara misteri itu apabila melihat kembali rakamannya. Suara misteri tersebut mengikut suaranya mengaji buat beberapa ketika.

Korang ada dengar sesuatu tak?

Menerusi video yang berdurasi 20 saat itu, suara misteri tersebut jelas kedengaran secara tiba-tiba bermula pada ayat ‘innama’ hingga ke ayat ‘ghaib’. Suara misteri berkenaan dikatakan membaca separuh dari ayat berkenaan. Dia berkongsi video tersebut bagi orang ramai memberi pendapat berkenaan suara misteri itu.

Jin baik ikut mengaji

Segelintir netizen beranggapan bahawa suara misteri itu kepunyaan jin baik yang turut serta mengikutnya mengaji. Selain itu, netizen turut menyarannya untuk dia pergi berubat secara alternatif kerana makhluk halus itu sedang menumpang dalam dirinya. Lebih menyeramkan apabila suara berkenaan dikatakan tidak mampu untuk menghabiskan ayat kursi tersebut.

Punca dari speaker handphone tu

Ada juga netizen yang berpendapat bahawa suara tersebut terhasil apabila mikrofon atau speaker telefon bimbitnya diletakkan atas sesuatu dan akan menghasilkan bunyi yang agak bergema. Selain itu, suara tersebut dikatakan berpunca daripada intonasi suaranya pada tahap rendah. Sebab itu apabila dia mengaji pada intonasi tinggi, suara misteri berkenaan hilang.

Sumber: Nadzmin Adam

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×