Pelakon dan usahawan Kiah Propa, selamat melangsungkan perkahwinan apabila kembali bergelar isteri kepada bekas suaminya, Mohamad Nazri Ismail.
Artikel Berkaitan: Jodoh Masih Kuat, Ras Adiba Kahwin Semula Bekas Suami
Artikel Berkaitan: Lelaki Kahwini Semula Bekas Isteri Lepas Dapat Tahu Wanita Itu Sedang Sakit Tenat – ‘Saya Tak Boleh Biar Dia Sendirian’
Mahu jaga suami
@kiahpropaviral 8 TAHUN DUDA AJAK AKU NIKAH BALIK DIA TAK PUTUS ASA….MASA TU DIA SIHAT ALU TAK NAK MALAH AKU DAH SELESA HIDUP SORANG TP JODOH AKU NGAN DIA NI PANJANG PULEKKK ….KALI NI DIA SAKIT AKU TERIMA DIA INSY SEBAB AKU NAK JAGA DIA DAN BATASKAN AURAT…NAHH JADI PENGANTIN KAU DUDA… PERMINTAAN DIA SEBELUM TUTUP MATA KATANYA….DOAKAN KAMI…..#kiahpropa #fyp #viral
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Kiah atau nama sebenarnya Siti Rokhaida Abdul Khalil memaklumkan sebelum ini Nazri pernah menyatakan hasrat untuk bernikah semula denganya.
Lapan tahun, duda aku ajak aku nikah balik. Dia tak putus asa.
Masa itu dia sihat, aku tak nak malah aku dah selesa hidup seorang tetapi jodoh aku dengan dia panjang pula.
Kemudian, hati pelakon drama Jangan Menangis Cinta itu terbuka untuk kembali bertaut kasih bersama bekas suami dengan niat untuk menjaganya yang sedang berjuang melawan penyakit kanser.
Kali ini dia sakit, aku terima dia sebab aku nak jaga dia dan batasan aurat.
Permintaan dia sebelum menutup mata.
Komen netizen
@markas.makan Tahniah kakak!!! @kedaikiahpropa . Semoga pahala berterusan mengalir… go support kak rock gaisss! #rock #kiahpropa #nikah #exduda
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa kagum dengan Kiah kerana sanggup menggalas kembali tugas sebagai isteri demi menjaga suami yang sakit.
Mana nak jumpa perempuan macam ni? Satu dalam 1000, biasa kalau sakit kena tinggal adalah.
Baiknya Kiah, semoga mendapat balasan syurga kerana menjaga bekas suami.
Hati kau mulia kak, syurga tempat kau insyaAllah.
Sumber: TikTok Kiah Propa, TikTok Markas Makan