Usahawan dan pempengaruh yang dikenali sebagai Kieda Crepe mencuri perhatian wargamaya apabila berkongsi momen dirinya memberikan bonus hari raya serta perbelanjaan keperluan harian kepada para pekerjanya.
Artikel Berkaitan: Pernah Dikhianati Pekerja, Kieda Crepe Sebak Lepaskan Staf Terbaik – ‘Masuk Cara Elok, Saya Hantar Keluar Cara Elok’
Sales ‘drop’, guna ‘savings’ sendiri
@kiedacrepepenang “TIRU KEBAIKAN DEMI KEBAHGIAAN” Dan Demi sebuah senyuman? Ku korbankan segalanya . Selesai bahagian semua staff . Allah izinkan ?? Gaji , Bonus , keperluan rumah? Thankyou Allah @AmykiedaMerchadise @KiedaCrepeHouse ? #kiedacrepe #kiedacrepehouse ? Hal Hebat (Acoustic) – Govinda
Menerusi hantaran di TikTok, pemilik nama Siti Nur Khalieda Yusra Mohd Jais ini memaklumkan pada awalnya tiada bonus akan diberikan kepada para pekerja kerana jualan perniagaannya pada bulan Ramadan tidak memberangsangkan.
Namun atas dasar kerja keras yang ditunjukkan pekerjanya, Kieda nekad untuk mengeluarkan simpanan yang ada untuk menghargai usaha dan kerja mereka.
Tambah Kieda, tindakan murni usahawan, Khairul Aming yang memberikan bonus kepada pekerja dijadikannya sebagai contoh untuk melakukan perkara yang sama.
Diorang akan cakap saya tiru Khairul Aming, tapi memang betul pun saya tiru. Saya suka cara dia yang memberi kebaikan dan kebahagiaan untuk orang lain.
Bulan ini sebenarnya hasil jualan perniagaan saya memang teruk sangat dan sepatutnya semua tak dapat bonus raya.
Tapi mereka (pekerja) tetap bekerja keras jadi saya buat kejutan kepada mereka. Saya beri bonus dengan menggunakan ‘saving’ saya sendiri.
Saya nak mereka beraya dalam keadaan ‘happy’, ‘enjoy’ dan dapat berbelanja lebih kepada keluarga.
Walaupun saya dan suami kalah di medan perang, kami masih melaksanakan tanggungjawab kami sebagai ketua anak-anak kami.
Dalam pada itu, usahawan berusia 27 tahun ini turut menitipkan ucapan maaf buat pekerjanya kerana tidak dapat membelikan mereka pakaian raya seperti yang dilakukannya tahun lalu.
Kalau tahun lepas saya beli baju raya, tahun ni saya minta maaf sangat-sangat kami tak dapat beri kesenangan macam tahun lepas.
Tapi kami nak belanja kalian keperluan harian kalian. Kalau nak cerita fasal baju raya, kami pun tak beli baju raya.
Yang kami fikir ialah kesenangan dan senyuman kalian.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan Kieda dan suami yang sanggup mengeluarkan wang simpannya hanya semata untuk menggembirakan pekerjanya dengan memberikan bonus kepada mereka.
Komen netizen
Sumber: TikTok Kieda Crepe