Kontroversi melibatkan seorang pempengaruh media sosial dikenali sebagai Abang Tesla yang berkahwin sekali lagi telah mengundang pelbagai reaksi negatif dalam kalangan wargamaya lebih-lebih lagi soal poligami.
Artikel Berkaitan: Abang Tesla Bertalu Dikecam! Isteri Pertama Akhirnya Buka Mulut – ‘Hanya Kita & Allah Mengetahui’
Artikel Berkaitan: Noorkhiriah Sekolahkan Isteri Kedua Abang Tesla? – ‘Jangan Bangga Sangat, Ada Hati Yang Menderita’
‘Tak kahwin lelaki Melayu’
Malah, isu tersebut turut menyorot perhatian usahawan dan pempengaruh media sosial, Sasha Abdul Aziz.
Menerusi hantaran di TikTok, Sasha berkata kisah Abang Tesla membuat dia teringat kembali mengapa dirinya tidak bernikah dengan lelaki Melayu.
Kisah Abang Tesla buat saya teringat kenapa memilih untuk tidak berkahwin dengan lelaki Melayu.
Alhamdulillah saya dapat suami bukan Melayu tapi dia masuk Islam.
Dalam video sama, ibu kepada dua cahaya mata itu berharap agar dirinya tidak diduakan oleh suami.
Saya harap diriku tidak dimadukan.
Sementara itu, rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan balas mendoakan kebahagiaan rumah tangga Sasha dan suami.
Dalam masa sama, wargamaya turut memuji kecantikan Sasha serta ketampanan wajah suaminya dan menyifatkan mereka sebagai pasangan yang serasi.
Untuk info, Sasha telah mendirikan rumah tangga bersama seorang lelaki dipercayai berasal dari Australia yang dikenali sebagai Daily Doseof Liu. Mereka turut dikurniakan dua cahaya mata perempuan bernama Isabella Liu dan Rose Liu.
Difahamkan Daily telah menukar agama asalnya dan memeluk Islam untuk bernikah dengan Sasha.
Terdahulu, Abang Tesla atau nama sebenarnya Muhammad Khal Iltizam mengejutkan pengikutnya apabila mengumumkan telah bernikah sekali lagi.
Menurut Abang Tesla, dia telah mendapat restu daripada isteri pertama dan akui reda dengan keputusan suaminya berkahwin seorang lagi.
Video
@sashaabdaziz Sebab tu la i xkawin melayu weyh?tacoddd! #fyp??viral ? original sound – ABG.TESLA
Sumber: TikTok (Sasha Abdul Aziz)