berita

Video KJ Minta Rendang Crispy Jadi Bualan, Betul Ke Ada Brad Pitt?

April 10th, 2018 | by faris
Kini Trending

Khairy Jamaluddin Abu Bakar diakui antara pemimpin yang dekat di hati rakyat. Peranannya sebagai Menteri Belia dan Sukan banyak memberi ruang kepada Ahli Parlimen Rembau ini untuk mendekati rakyat menerusi pelbagai program santai dan sukan.

Khairy atau mesra disapa KJ memuatnaik satu video di akaun Instagramnya yang mendapat perhatian netizen kerana idea yang segar dan kreatif ditunjukkan. Ketika perayaan Tahun Baru Cina baru-baru ini pun KJ ada video, kali ini apa pula ya?

Minta rendang crispy dalam video?

Video berkenaan menunjukkan menteri tall, dark and handsome itu melakukan babak ke babak dengan transisi yang berbeza mengikut apa info yang ingin diterangkan. Dari pejabat ke dalam rumah, kawasan kampung sehinggalah ke kenduri pasangan pengantin. Memang lain dari yang lain!

KJ dalam kapsyen Instagramnya ‘berterima kasih’ kepada Brad Pitt  kerana membawa wataknya dalam video itu. Tambahnya, mereka nampak saling tak tumpah antara satu sama lain.

Terima pujian netizen

Kreatif dan menghiburkan

Video berkenaan dipuji netizen yang menyatakan video berkenaan berinformasi dalam masa sama kreatif dan menghiburkan.

Sumber: Khairykj

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×