Seperti diketahui umum, pelakon Nynaa Harizal dan suami, Mohamed Fahmi Ilyas sudah menimang cahaya mata sulung yang diberi nama Zara Arianaa.
Artikel Berkaitan: Sibuk Dengan Dunia Bisnes, Nynaa Harizal Rindu Nak Kembali Berlakon – ‘Nanti Saya Akan Pujuk Suami ..’
Jalan-jalan dengan bayi
View this post on Instagram
Terbaru, Nynaa berkongsi video bersama suami dan anak perempuannya bersiar-siar di perkarangan laman kediaman mewah mereka.
Menerusi rakaman itu, aktres berumur 27 tahun dan suami bergilir-gilir mendukung Zara sambil mengambil angin.
Namun, bukan bayi yang mencuri perhatian tetapi deretan koleksi kereta mewah berjenama antarabangsa di laman rumah itu.
Car showroom ke?
Di ruangan komen, rata-rata warganet terpegun melihat ‘sport cars’ idaman ramai orang. Selain itu, ada juga yang berseloroh dengan menawarkan diri untuk bekerja sebagai pembantu rumah (maid).
Dalam pada itu, peminat juga tumpang gembira dengan rezeki yang Allah SWT kurniakan kepada keluarga kecil ini.
Terdahulu, kisah rumah tangga mereka menjadi tumpuan apabila pada 3 November 2021, Fahmi mendakwa isterinya ‘dilarikan’ bapa mentuanya ketika sedang menjalani penggambaran sebuah drama.
Nynaa kemudiannya memfailkan perceraian secara baik dengan Fahmi pada 10 November lalu dan sebutan kes berlangsung pada 18 November di Mahkamah Rendah Syariah Johor Bahru.
Pada 11 November, Fahmi yang diwakili peguam Datuk Zainul Rijal Abu Bakar hadir ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur bagi memfailkan tuntutan agar isterinya kembali taat dan pulang ke pangkuannya selepas hampir dua minggu Nynaa didakwa keluar rumah tanpa kebenaran.
Krisis terbabit akhirnya sampai ke penghujung apabila kedua-dua pihak berjaya mencapai persetujuan untuk berbaik.
Sekadar info, Nynaa berkahwin dengan Ketua Pengarah Kewangan, sebuah syarikat pelaburan, pada 28 Ogos 2021 dan hasi perkahwinan tersebut mereka dikurniakan anak pada 29 Januari lalu.
Sumber: Instagram