Bekas ahli kumpulan Dolla iaitu Syasya Rizal tidak lagi dilihat meneruskan bakatnya setelah mendirikan rumahtangga dan kini seorang ibu kepada cahaya mata sulungnya.
Artikel Berkaitan: Syasya Ajak Netizen Jumpa Di Padang Mahsyar, Dakwa Hamil Sebelum Kahwin – ‘Good Fitnah’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syasya Rizal Hampir Lahirkan Bayi Pramatang, Alami Pendarahan Ketika Usia Kandungan 30 Minggu – ‘Saya Duduk Dalam Labour Room Empat Hari’
Syasya comeback?
@syasya.rzlMama Sya2 is bout to be back on track again ke? ?????? original sound – Mama Sya2
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Syasya atau nama sebenarnya Norsyasya Afiqah Shahrizal, 24, dilihat memberi ‘hint’ bakal kembali bernyanyi.
Pada perkongsian itu, Syasya sedang sibuk berlatih vokalnya.
Mama Syasya kembali on track ke?
Peminat tak sabar
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen teruja dengan perkongsian Syasya yang dilihat kembali bernyanyi. Selain itu, peminat juga memberi sokongan penuh kepada bekas anggota Dolla itu untuk kembali bersinar.
Terdahulu, dunia seni digemparkan dengan berita pengunduran Syasya dari kumpulan terkenal iaitu Dolla.
Walau bagaimanapun, tidak lama dari itu Syasya mengumumkan perkahwinannya bersama pasangan hati, Nasrullah pada 20 April 2023.
Sumber: TikTok @syasya.rzl