berita

[VIDEO] Konon Bawa Belon Nak ‘Surprise’ Birthday Kawan, Tiba-Tiba Api Menyambar

September 3rd, 2020 | by Ben Farid
Kini Trending

Satu video viral di laman Twitter memaparkan sekumpulan anak muda yang berkeliaran lari menyelamatkan diri apabila belon helium yang digunakan bagi membuat kejutan untuk kawan mereka tiba-tiba meletup disambar api. Kejadian yang dipercayai berlaku di Jakarta, Indonesia itu mengakibatkan beberapa cedera parah.

Niat kejutkan ulang tahun

Melalui perkongsian Republik Video di laman Twitter itu, mereka awalnya ingin membuat kejutan ulang tahun kelahiran rakan yang berada di dalam bilik tidur. Salah seorang daripada mereka membawa belon yang berisi helium menaiki tangga manakala diikuti oleh lagi seorang rakan mereka yang membawa kek bersama lilin yang sudah dinyalakan.

Sebelum memasuki bilik tidur, belon yang dibawa berterbangan ke atas syiling. Gara-gara pintu bilik yang sempit, sebahagian belon yang dibawa masih berada di bahagian luar bilik sebelum api dari lilin kek menyambar belon tersebut dan terus meletup di hadapan pintu.

Beberapa orang cedera

Akibat dari letupan itu, pemilik video yang dikenali sebagai Kevin Gunawan menyatakan dia dan beberapa lagi rakannya mengalami cedera parah dan sedang dirawat di hospital. Dia juga meninggalkan pesanan buat orang ramai supaya berhati-hati ketika menggunakan api dan belon berisi helium agar kejadian seperti ini tidak berlaku.

Sumber : suarajogja.id , Republik Video

SKIP THIS AD ×