berita

[VIDEO] ‘Suami Awak Voice Note Saya, Jangan Marah’ – Puteri Sarah

October 4th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

puteri sarah suami awak voice note

Meskipun sudah bercerai dengan pengarah terkenal, Syamsul Yusof namun aktres Puteri Sarah Liyana tidak henti mendapat pertanyaan berkaitan dengan bekas suaminya di media sosial.

Artikel Berkaitan: ‘Memang Tiada Maruah Ke Hadap Suami Orang?’ – Empat Tahun Pendam, Puteri Sarah Mengamuk Dengan Ira Kazar

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syamsul Yusof & Puteri Sarah Sah Bercerai, Talak Satu

Suami awak voice note saya

@norainibasre #andiarsyil #facialwash ##puterisarahliyana #norainibasre #norainibasre ##norainibasreshop #lumier #cleansingbalm #partnerbisnes ? bunyi asal – Noraini Basre

Ketika siaran langsung di TikTok, Puteri Sarah menjawab soalan yang bertanya adakah Syamsul yang melabur dalam perniagaan yang diceburinya itu.

Modal meniaga dari mana? Sol (Syamsul) yang bagi ke?

Hello, of course la tidak. Saya rasa kan semua akaun palsu ini dia buat notifikasi (ketawa). Jadi, bila Puteri Sarah live, dia akan cepat-cepat masuk.

Bukan itu sahaja, Puteri Sarah mendedahkan Syamsul ada memberitahu dia berada di set penggambaran untuk ‘scene’ waktu malam.

Oh lupa sebab tadi orang tu (Syamsul) ada bagitahu dia shooting malam ini. Jadi sebab Syamsul tak ada kat rumah kan, dia kacau Puteri Sarah.

Tapi tadi suami awak voice note saya ya. Jangan marah (ketawa).

Periksa telefon bimbit

ira syamsul

Dalam pada itu, pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin turut mengingatkan Ira Kazar untuk memeriksa ‘call log’ telefon Syamsul.

Saya rasa lebih baik awak check phone dia sebab dekat call log banyak nombor telefon saya. Saya tak tahu dia letak nama saya apa. Tak mungkin dia letak nama Puteri Sarah kan.

Sekadar info, Puteri Sarah dan Syamsul Yusof bercerai talak satu selepas kemelut rumah tangga yang berpanjangan di antara mereka pada 14 Jun yang lalu.

Selepas bercerai, Puter Sarah kemudiannya membuat keputusan untuk menarik semula kes saman terhadap bekas madunya, Ira Kazar dan dua ahli keluarganya.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×