berita

Bekas Menantu Kazar Sibuk Hal Idah, Puteri Sarah Suruh Simpan Duit Bayar Saman

September 29th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

psl saman wiwi

Pelakon Puteri Sarah Liyana sekali lagi melenting dengan bekas menantu kepada Kazar Saisi iaitu Wiwie Darvinda Mazwena Mazlan yang didakwa masih mengganggu ketenteraman dirinya walaupun tindakan undang-undang sudah diambil.

Artikel Berkaitan: Puteri Sarah Mengamuk Dengan Bekas Menantu Kazar, Dakwa Masih Jaja Kisah Dengan Syamsul

Artikel Berkaitan: ‘Saman Tetap Diteruskan, Kalau Tidak Anjing Tak Akan Berhenti Menyalak’ – Puteri Sarah

Sibuk idah orang

WIWIE

Menerusi hantaran di Instagram Story, Puteri Sarah berkongsi tangkapan skrin yang memaparkan perbualan Wiwi dengan seorang individu yang tidak didedahkan identiti.

Berdasarkan paparan itu, Wiwie dilihat menyibuk mengenai idah Puteri Sarah selepas bercerai dengan pengarah, Syamsul Yusof.

Dakwa Wiwie, Puteri Sarah tidak menjaga maruah sebagai isteri apabila bermesra dengan lelaki yang merupakan aktor dan usahawan Indonesia, Andi Arsyil Rahman ketika melakukan siaran langsung.

Ada orang kongsikan kepada saya. Inilah manusia bila tak ada kerja, sibuk idah orang. Apa idah aku 100 tahunkah? Dah kena saman, duduk diam-diam.

Pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin turut mengingatkan Wiwie untuk tidak menjaga tepi kain orang sebaliknya menyimpan duit untuk membayar tuntutan saman.

Simpan duit nak bayar saman nanti. Nak belajar cara buat duit? Boleh sertai kumpulan Sarah, okay. Kita tak nak jadi seperti ini, suka jaga tepi kain orang.

Terdahulu, Puteri Sarah berang dengan sikap bekas menantu Kazar yang juga merupakan seorang ejen insurans yang tidak bersyukur dengan tindakannya menarik saman terhadap bekas madunya, Ira Kazar serta dua ahli keluarga.

Sekadar info, pada 14 Jun lalu, kemelut rumah tangga pengarah sensasi, Syamsul Yusof, 39, dan Puteri Sarah akhirnya menemui tiktik noktah apabila disahkan bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×