Tular baru-baru ini lafaz ijabkabul pelakon dan pengarah, Sabri Yunos bersama Angeline Tan yang disifatkan terlalu ringkas dan mudah.
Susulan itu, jurunikah pasangan selebriti tersebut iaitu Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin tampil membuat penjelasan.
Artikel Berkaitan: Pi Mai Pi Mai Tang Tu! Angeline Tan Sah Isteri Sabri Yunus
Artikel Berkaitan: ‘Selepas Dia Sedia Peluk Islam, Saya Terus Bawa Jumpa Keluarga’ – Sabri Yunus
Respon Dr Maza
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Dr Mohd Asri atau lebih dikenali sebagai Dr Maza berkata pernikahan dengan lafaz ijabkabul yang ringkas adalah sah serta perlu cukup rukun nikah.
Sesiapa yang membaca hadis-hadis nabi mereka akan mengetahui bahawa nabi akad nikah memang mudah, yang penting cukup rukun dan adanya ijab dan kabul.
Ijab dan kabul maksudnya adanya kita memberikan satu tawaran perkahwinan manakala satu pihak lagi menyambut tawaran perkahwinan.
Tak adalah dalam agama ini, kena satu nafas, kena hafal balik perkataan orang yang akad itu.
Bila dia kata ‘seperti mana yang disebutkan’, maka akan berlaku ijab dan kabul.
Yang penting adanya ungkapan yang menyatakan bernikah, dengan siapa yang dinikahkan dan pihak yang satu lagi menerima serta adanya dua orang saksi.
Dalam pada itu, Dr Maza juga menegur sesetengah jurunikah supaya tidak menyulitkan bakal pengantin selain berharap proses ijabkabul Sabri dan Angeline tersebut dijadikan contoh.
Kadang-kadang saya lihat macam ‘raging’, macam nak denda pula pasangan berkahwin. Kita jangan jadikan benda ini terlalu rumit, benda yang halal. Ini semua perkara-perkara yang tidak benar yang akhirnya menyusahkan.
Orang sekeliling boleh pula kata ‘tak sah, ulang-ulang’. Ini bukan satu permainan. Lafaz itu telah sah mengapa perlu di ulang?
Sebab itu, mudah-mudahan ini menjadi contoh dan kita mengingatkan jurunikah jangan payah-payahkan hal yang seperti ini, yang penting mudah dan disunahkan sebelum itu adakan kita adakan khutbah nikah.
Terdahulu, pasangan tersebut selamat diijabkabulkan dalam satu majlis tertutup yang diadakan di Perlis pada 14 Oktober yang lalu.
Sekadar info, Sabri dan Angeline mula berkenalan semasa menjayakan sitcom tersebut pada tahun 1992.
Untuk rekod, Sabri pernah mendirikan rumah tangga dengan Norraya Mohd Yusof dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata. Walau bagaimanapun, Norraya meninggal dunia pada Ogos 2007 akibat kanser.
Sementara itu, Angeline yang pernah mendirikan rumah tangga sebelum ini pula mempunyai dua anak hasil perkahwinan terdahulu.
@malaysiatribune Replying to @norliamns #angelinatan #sabriyunus #malaysiatribune #fyp? #drmaza
Sumber: TikTok