berita

[VIDEO] Lagi Kes Pemandu Mabuk Buat Hal..

March 24th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Kemalangan yang melibatkan pemandu mabuk terjadi di negara kita bukan suatu perkara baharu. Bahkan, ramai pihak menggesa tindakan diambil kepada individu yang tidak bertanggungjawab.

Terbaru, menerusi satu laporan dikongsi wartawan Mohd Redzuan Abdul Manap memaklumkan seorang wanita dipercayai warganegara China itu telah melanggar beberapa buah kenderaan yang parkir di bahu jalan ketika keadaan dirinya mabuk.

Angkara pemandu mabuk

Video yang dirakam pengguna TikTok itu memaparkan seorang wanita warganegara China memandu sebuah kereta jenis Proton Wira hilang kawalan dan melanggar beberapa buah kenderaan lain yang sedang parkir di bahu jalan. Insiden tersebut dipercayai berlaku di Jalan Bunga Cempaka 2 di Ampang pada sekitar jam 11.00 malam.

Menerusi pemaparan video tersebut menyaksikan pemandu terbabit undur kenderaan lalu melanggar sebuah kereta lagi jenis Honda City yang turut parkir di kawasan berdekatan.

Kandungan alkohol melebihi had

Suspek kemudiannya melanggar lagi sebuah kereta jenis Proton Saga dan sebatang tiang lampu di situ. Susulan itu, ujian kandungan alkohol dalam darah suspek telah dijalankan menggunakan mesin jenis EBA-II dan hasil mendapati tahap kandungan alkohol pemandu tersebut telah melebihi had yang ditetapkan.

Sumber: Mohd Redzuan Abdul Manap

SKIP THIS AD ×