Kematian yang tidak diduga pastinya memberi kesan terhadap orang terdekat termasuk rakan-rakan. Itu apa yang dialami oleh salah seorang teman baik kepada wanita yang dipercayai dibunuh iaitu Nur Farah Kartini selepas dilaporkan hilang pada 10 Julai lalu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kes Bunuh Nur Farah Kartini: Penyampai Berita Sebak Baca Kematian Rakan Sendiri
Artikel Berkaitan: Nur Farah Kartini Dibunuh Sebab Ugut Mahu Dedah Hubungan Sulit Kepada Isteri Suspek?
‘Kami sayang kau’
@yun.ahmd Kepulangan yang kami nantikan tapi Allah lebih sayang farah untuk kembali kepada-Nya. Can’t believe that was your last word for us???. Bye Donny, bye Nani, bye Yuni, jumpa gik, SAYANG torang?????????. Kamek orang pun SAYANG kau lalu² FARAH!!!!????? Tapi Allah lebih SAYANG kau. Semoga ditempatkan di dalam kalangan orang yang beriman, tunggu kamek org kt sinun k???????????. Al-fatihah??? #foryoupage #tanjungmalim #fyppppppppppppppppppppppp #tanjungmalim #viral @? ??? ? @DAS @Iamfaa?
Menerusi video yang dimuat naik oleh teman mangsa iaitu Yun Ahmad di TikTok, Nur Farah Kartini dilihat sedang berada di lapangan terbang.
Nur Farah Kartini kemudian melambai-lambai ke arah rakan-rakannya dan mengucapkan selamat tinggal sebelum menaiki pesawat.
Di ruangan kapsyen video tersebut, Yun meluahkan rasa sedih kerana kehilangan seorang kawan yang disayanginya namun tetap
Kepulangan yang kami nantikan tapi Allah lebih sayang Farah untuk kembali kepadaNya.
Tak percaya, ayat terakhir awak untuk kami, ‘bye Donny, Nani, Yuni..jumpa lagi, sayang korang.’
Kami pun sayang kau Farah, tapi Allah lebih sayangkan kau.
Semoga ditempatkan di dalam kalangan orang yang beriman. Tunggu kami di sana. Al-Fatihah.
Terdahulu, mayat Nur Farah Kartini ditemui di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor pada jam 6 petang.
Susulan itu, polis menahan seorang suspek yang juga penjawat awam berusia 26 tahun yang reman hari ini di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu. Kes disiasat mengikut 302 Kanun Keseksaan.
Sebelum ini, polis menerima laporan tentang kehilangan mangsa pada Rabu lalu jam 1.56 pagi selepas mangsa menghantar kereta sewa kepada pelanggan.
Sumber: TikTok Yun Ahmad