Umum mengetahui, pelakon senior, Datuk Jalaluddin Hassan dimasukkan ke hospital selepas mengalami jangkitan pada saluran kencingnya.
Susulan itu, pelakon filem Iskandar itu tidak dapat beraksi untuk sebuah program yang sedang bersiaran di televisyen swasta.
Artikel Berkaitan: Jalaluddin Hassan Dimasukkan Ke Hospital
Artikel Berkaitan: ‘Terima Kasih Atas Doa’- Alami Jangkitan Dalam Saluran Kencing, Jalaluddin Hassan Makin Pulih
Norreen Iman datang melawat
Terbaru, pempengaruh media sosial, Norreen Iman berkongsi momen dirinya melawat Jalaluddin yang sedang mendapatkan rawatan di hospital.
Menerusi hantaran tersebut, Jalaluddin yang sudah beransur pulih dilihat sempat bergurau senda dengan Norreen yang merupakan salah seorang ahli pasukkannya dalam program tersebut.
Bukan itu sahaja, Jalaluddin juga dilihat menawarkan untuk menyuap makanan kepada Norreen sehingga membuatkan pempengaruh itu menjadi sebak.
Ni yang nak nangis ni, tak dapat datang (Jalaluddin), suap saya pun jadilah.
‘Father figure’ sangat
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen gembira melihat kemesraan dipaparkan Jalaluddin bersama Noreen meskipun mereka baru sahaja kenal demi menjayakan program berkenaan.
Wargamaya juga dilihat tidak putus-putus mendoakan agar Jalaluddin segera diberikan kesembuhan.
Sumber: TikTok