berita

[VIDEO] Layan Penumpang Warga Emas Macam Mak Sendiri, Aksi Pramugara Ini Dipuji Ramai

November 18th, 2019 | by Amat
Kini Trending

Tugas dan tanggungjawab sebagai cabin crew bukanlah sesuatu yang mudah sepertimana ramai orang sangkakan. Mereka perlu memberikan servis terbaik kepada semua penumpang sepanjang perjalanan penerbangan itu.

Viral sebuah video menyaksikan seorang pramugara dari penerbangan Lion Air melayani baik terhadap seorang warga emas di dalam pesawat itu. Aksi lelaki ini menyuap makanan kepada warga emas itu mendapat pujian netizen.

Layan nenek berusia 117 tahun

https://www.instagram.com/p/B4uEm1HHv6R/

Video ini telah dimuatnaik seorang pengguna Instagram iaitu Armaini Imay, menceritakan mengenai perjalanannya ketika menaiki pesawat berkenaan. Layanan seorang pramugara ini terhadap seorang warga emas berusia 117 tahun ternyata jadi tumpuan ramai.

Contoh flight attendant yang baik

Sikap dan tindakan pramugara dari pesawat Lion Air iaitu Mas Mugara disifatkan sangat baik dan perlu dicontohi masyarakat. Netizen turut menyokong sikap baik yang ditunjukan pramugara ini melayani seorang warga emas di dalam pesawat dengan menyuap makanan kepadanya.

Syurga untukmu

Netizen turut beranggapan lelaki itu sedang merindui ibunya di rumah. Jelas disaksikan dengan cara layanan seorang anak terhadap seorang ibu.

Watak aslinya dari tatapan mata

Rata-rata netizen terharu dan sebak apabila menonton video ini. Cara layanan pramugara ini turut dilihat ikhlas dan boleh dilihat dari sinar mata serta senyumannya. Aksi yang ditunjukan lelaki ini pasti membuatkan ramai antara kita akan merindui ibu di rumah.

Sewaktu video ini viral, pramugara tersebut sedang menghubungi ibunya di kampung halaman sambil menangis meluahkan rasa rindu kepada ibunya.

Sumber: Coklat Strawberry 

SKIP THIS AD ×