Seperti yang diketahui ramai, lagenda badminton negara, Datuk Wira Lee Chong Wei baru-baru ini telah tersenarai dalam Hall of Fame Persekutuan Badminton Dunia (BWF) bersama-sama seorang lagi bekas bintang badminton dunia iaitu Lin Dan.
Sejak menerima pengiktirafan itu, Lee Chong Wei dilihat banyak mempromosikan hal-hal berkaitan dengan BWF bersama-sama bekas pemain nombor satu China itu.
Artikel Berkaitan: Dipersoal Taufik Hidayat Kerana Tersenarai Dalam Hall Of Fame BWF, Ini Respon Datuk Lee Chong Wei
Ajar cakap Melayu
Terbaru, tular satu video memaparkan Lee Chong Wei mengajar Lin Dan untuk bertutur serta menyebut beberapa perkataan dalam bahasa Melayu.
Antara perkataan yang diajar Chong Wei seperti apa khabar, terima kasih dan aku cinta padamu.
Dapat dilihat Lin Dan berjaya menyebut kesemua perkataan yang diajarnya itu dengan lancar dan baik sekali.
Video yang meraih 1.3 juta tontonan itu turut mendapat respon yang positif dari wargamaya.
Sebutan macam orang Malaysia
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memuji Lin Dan yang begitu lancar mempelajari ilmu baharu.
Malah, ramai yang kagum melihat keakraban dua jaguh badminton dunia itu meskipun penah ‘bermusuh’ ketika di dalam gelanggang satu ketika dahulu.
Video
@leechongweiofficial Pernahkah anda dengar Lin Dan berbahasa Melayu? Have you ever wondered how Lin Dan sounded speaking Malay? Saksikan short video ni. Hebat jgak mamat ni.. Again , thank you Lin Dan bro, for being accommodative yet again. #leechongwei #lindan ? original sound – Lee Chong Wei Official
Sumber: TikTok