berita

[VIDEO] Lelaki Disahkan Mati Selepas Muka Dihenyak Atas Jalan Oleh Polis

August 24th, 2020 | by AnisAffandi
Kini Trending

Seorang lelaki meninggal dunia selepas dihenyak ke atas jalan tar panas selama enam minit oleh beberapa anggota polis. Kejadian yang berlaku di Arizona, Amerika Syarikat pada 4 Ogos lepas itu berlaku selepas dia ditangkap kerana disyaki mencuri minuman dari sebuah kedai.

Berlaku adegan kejar-mengejar

https://youtu.be/G477pkdlqQQ

Menurut laporan Metro.co.uk, mangsa Ramon Timothy Lopez disahkan meninggal setelah tiba di hospital. Pihak polis tiba di tempat kejadian setelah menerima panggilan dari seorang wanita yang melaporkan Lopez berkelakuan mencurigakan.

Bagaimanapun, pihak berkuasa berjaya bersemuka dengan Lopez di hadapan kedai sebelum dia mencampak minuman dicuri ke arah pihak polis sebelum berlaku adegan kejar mengejar antara mereka.

Suhu 38 darjah celsius

Adegan kejar mengejar itu berakhir setelah pihak polis berjaya menumbangkannya ke atas jalan tar sebelum dua lagi anggota polis tiba dengan salah seorang darinya menggunakan lutut bagi menahan Lopez di atas jalan raya. Menurut National Weather Service, suhu ketika kejadian agak tinggi dengan 38 darjah celsius.

Lopez yang diangkut ke dalam kereta peronda dipercayai telah mengambil dadah kerana kelakuannya yang pelik. Bagaimanapun pihak polis terus membawanya ke hospital sebelum disahkan meninggal setelah didapati Lopez kaku ditempat duduk belakang kereta peronda.

Menurut Sarjan Mercedes Fortune dari Jabatan Polis Phoenix, kesimpulan mengenai tindakan pegawai tersebut sama ada selari dengan polisi jabatan dan undang-undang tidak akan diambil sehingga segala fakta diketahui dan siasatan selesai. Selain itu, punca kematian masih belum dapat dipastikan.

Sumber : Metro.co.uk , Youtube

 

SKIP THIS AD ×