Masalah bau badan, khususnya di bahagian ketiak boleh menjejaskan keyakinan diri seseorang.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Uyaina Arshad Dedah Gadis Pinjam Baju Tak Ada ‘Common Sense’ – ‘Bau Ketiak & Ada Kesan Bocor Darah Kering’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Inilah Rahsia Ketiak Saya Putih’ – Nabila Huda
Petua ketiak berbau
Selain menggunakan produk seperti deodorant, pelbagai tips dan petua yang boleh diamalkan untuk mengatasi masalah tersebut.
Menerusi hantaran seorang individu bernama Mahadi Abdullah di TikTok, dia berkongsi dua petua yang boleh dilakukan bagi menghilang masalah ketiak berbau.
Katanya, cara pertama menggunakan bahagian belakang tapak tangan dan kemudian gosokkan di bahagian ketiak.
Saya nak ajar petua hilangkan bau ketiak. Masa anda mandi, selepas gunakan sabun, gosok permukaan belakang tapak tangan di bahagian ketiak.
Manakala, cara kedua adalah menggunakan kepala lutut dan digosokkan di bahagian ketiak.
Cara kedua, gunakan kepala lutut. Gosokkan ketiak anda di kepala lutut, buat dua-dua bahagian.
Jangan lupa amalkan petua ini, insya-Allah ketiak anda kurang berbau.
Menjengah ke ruangan balas, segelintir netizen berkata mereka juga menggunakan cara sama dan akui keberkesanan tersebut.
Video
@mahadiabdullah07 Masalah bau ketiak? Boleh cuba petua ini sekarang #bauketiak #abgpetua #mahadiabdullah07 #mahadiabdullah ? original sound – Mahadi Abdullah | Abg Petua
Sumber: TikTok