Tular sebuah video seorang bapa meraung kesedihan kerana terlalu rindukan anaknya yang dikatakan telah lama tidak pulang ke rumah. Video yang dimuat naik di aplikasi TikTok itu mendapat perhatian warganet sejak kelmarin.
Artikel Berkaitan: 16 Tahun Berpisah Selepas Ibu Bapa Bercerai, Pertemuan Dua Beranak Undang Sebak Netizen
Isteri minta berpisah ketika sedang koma
Video yang berdurasi hampir 1 minit itu menambah kesedihan warganet apabila lelaki tersebut turut mendakwa anaknya sanggup menyekat nombor telefonnya di aplikasi WhatsApp kerana enggan dihubungi bapanya itu.
Dia dah block semua nombor pakcik ni..dia malu jumpa pakcik.
Ya Allah, rindunya yang teramat sangat, kenapa sanggup lupakan abah anakku.
Lelaki berkenaan juga turut berkongsi cerita apabila isterinya telah meminta untuk berpisah ketika dirinya sedang koma selama 35 hari sebelum ini akibat masalah jantung sejak 2014. Sejak itu, dia mendakwa dihalang untuk berjumpa dengan anaknya sehingga mereka terputus hubungan.
Pakcik ada sakit jantung pada 7/5/2014, saat pakcik koma 53 hari bila isteri dapat tahu dia minta pisah saat itulah pakcik derita.
Selepas jatuh sakit jantung isteri minta berpisah selepas tu tak dibenarkan jumpa.
Tambahnya, setelah anak meningkat dewasa, mereka jarang berjumpa malah dia merasakan anak-anak cuba menjauhkan diri daripadanya. Difahamkam sebelum ini dia juga pernah berkongsi kerinduan menerusi beberapa video yang dimuat naik di akaun Tiktok.
Video penuh
@muhammadanas_ariqindah tak.mampu bertahan teramat rindu..? Rembulan Malam – Decky Ryan
Komen netizen
Sumber: Muhammadanas_ariqin