berita

Video : #Listen Beatboxing Daripada Shawn Lee

January 17th, 2013 | by M
Video Popular

Screen Shot 2013-01-17 at 8.12.21 PM

Nampaknya, fenomena #listen yang menjadi trending dunia mendapat perhatian daripada seorang remaja yang mempunyai bakat beatboxing, Shawn Lee.

Kepada yang tertanya-tanya, trending #listen ini berpunca daripada sebuah video rakaman, dimana Presiden Suara Wanita 1 Malaysia (SW1M), Sharifah Zohra, dikecam hebat oleh pengguna laman sosial.

Video berdurasi 10:16 itu memaparkan seorang pelajar jurusan undang-undang di Universiti Utara Malaysia, Bawani memberikan pendapat mengenai kemampuan negara untuk memberikan pendidikan percuma kepada rakyat tempatan dalam sebuah majlis ilmiah, Forum Suara Mahasiswa. Bagaimanapun, kelantangan Bawani untuk memberikan beberapa fakta-fakta telah dipatahkan oleh Sharifah Zohra dengan ayat berbunyi, “Listen, listen, listen”.

Sharifah Zohra kemudiannya dilihat mengalihkan mikrofon dan berkata, “When this is our programme, we allow you to speak. When I speak, you listen”.

Situasi itu telah dilihat oleh netizen sebagai satu tindakan ala diktator kerana enggan memberikan peluang kepada Bawani untuk menyuarakan pendapat.

Sejak itu, beberapa video parodi (satira) mula muncul dalam laman perkongsian video, Youtube. Dan yang terkini adalah video beatboxing sebagai hiburan buat anda. Video selepas ini.

The following two tabs change content below.

M

Founder OHBULAN! yang kini bergiat secara serius dalam industri media & pengiklanan. Beliau membantu para klien mencapai pelanggan yang berpotensi melalui kempen pengiklanan secara menyeluruh dan berkesan.

SKIP THIS AD ×