Umum mengetahui, anak sulung kepada penyanyi, Liza Hanim iaitu Marsya Qistina memiliki suara yang lunak dan saling tak tumpah macam ibunya. Bukan itu sahaja, Marsya juga pernah dilihat berkongsi pentas bersama ibunya di ‘Konsert Minggu Ini’ anjuran sebuah stesen televisyen.
Artikel berkaitan: ‘Bila Kuah Tumpah Ke Nasi’ – Nyanyian Puteri Sulung Liza Hanim Curi Tumpuan, Merdu Macam Ibunya!
Artikel berkaitan: Peminat Sebak Tengok Liza Hanim Kongsi Pentas Dengan 2 Anak Perempuan – ‘Mereka Lihat Anak Saya Membesar’
Selain Marsya, anak kedua Liza Hanim iaitu Marissa Qaireen juga pernah viral kerana pandai menyanyi. Bahkan, mereka bertiga pernah berkongsi satu pentas yang sama.
Zapin usik mengusik
Terbaru, anak keempat Liza Hanim pula menjadi tumpuan ramai. Menerusi sebuah posting di Instagram, Liza berkongsi momen di mana dia dan Mohamed Ibrahim sedang menghiburkan tetamu yang hadir Majlis Makan Malam Amal SK Simpang Lima 1 Klang.
Video pendek tersebut menunjukkan ibu dan anak ini sedang menyanyi lagu ‘Zapin Usik Mengusik’ nyanyian kumpulan Senario.
Majlis Makan Malam Amal SK Simpang Lima 1 Klang. Sebagai alumni SKSL 1, peluang menghiburkan tidak saya lepaskan. Apatah lagi dapat menyanyi bersama anakanda saya Ibrahim. He is a natural dont you think so?
Tahniah YDP PIBG Puan Siti Zalzaliza, guru guru dan anak anak semua yang bertungkus lumus menjayakan majlis.
Menurut Liza Hanim, anaknya nampak sangat tenang dan boleh menyanyi.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat dan netizen kagum melihat bakat yang ada pada diri anak-anak Liza Hanim dan Shah Indigo. Ujar netizen, ke mana tumpah kuah, kalau tidak ke nasi.
Video
View this post on Instagram
Sumber: Liza Hanim